Khamis, 5 Jun 2014

Rose







Assalamualaikum

Mawar yang terbakar ? Atau disengajakan ?

Mawar secara formal nya mewakili perempuan ,wanita.Aku ada terjumpa satu 'quote' tapi bahasa melayu la.


"Kalau nak yang berduri kena lah jadi yang berduri" - Wanita


"Kalau pura-pura soleh maka dapatlah yang pura-pura solehah" - Masa depan


Ni la yang sebenarnya.Macam aku pernah kata sambil mengingatkan diri aku sendiri "Aku ni post ala-ala dakwah ni ikhlas atau saja nak menzahirkan keimanan a.k.a munafik"


Wassalam
1616
050614
 

RINDU





Assalamualaikum.Kebelakangan ni maksud aku tahun ni dan tahun lepas aku kenal banyak strangers.Dari chatous ,ask.fm terutama nya.

Walaupun tak pernah bersua.Lagi la nak melihat wajah masing-masing memang jauh sekali.Aku melepas kan rindu pada mereka.

Sejujurnya aku bukan seorang manusia yag tahu untuk memulakan sebuah conversation.Aku pada batin nya seorang pendiam.



Perwatakan aku lagi lebih kepada menyendiri.Suka bersendirian.Jadi bila sudah masuk kedunia ke-ramai-an manusia ,semua jadi awkward bagi aku.

Senyap sendiri tanpa sepatah kata.Terkelip-kelip mata ku sendiri tanpa sedar seluruh isi dunia memandang pelik.Aku ter-senyap saja di situ.

Bukan sengaja tapi sifat diri.Kurang bercakap.Sebab tu la kut aku masih tak tahu siapa yang layak ku panggil sebagai sahabat baik.

Yang aku tahu diri aku sendiri adalah sahabat yang aku ada.Berimaginasi sendiri.Peduli kan apa yang di kata kan orang.



Dulu aku pernah dipedulikan.Kena psycho sebab aku ni kelihatan seperti seorang yang dungu.Macam kuli batak orang.

Bila sudah mencecah 16 tahun aku mula bosan dengan hidup aku sendiri.Cuba mengubah perwatakan.Tapi hanya berjaya jika di ke-ramai-an orang.

Jika aku di biarkan berdua bersama seorang yang di panggil kawan di sebuah pulau agak nya mungkin sepatah kata pun tidak akan terungkap.


Awkward.


Sedar kembali.Aku tak boleh nak jadi macam 'dia'.'Dia' yang boleh menarik perhatian ramai orang dengan sikap 'dia' yang happy go lucky sentiasa.

Aku bukan manusia yang begitu.Tapi aku heartless.Memendamkan perasaan jiwa.Jiwa tu terkadang koyak.Tahan tekanan yang tak kesudah.


Hati pula asik berbicara 

" Biarkan semua terluah hanya pada Dia "



Akal pula berkata 

" Kau masih memerlukan seseorang untuk melepaskan segala nya dengan cara berkongsi cerita "



Rakan yang begitu ada.Tah berkali menanyakan "Apa masalah kau ?" "Bagi la tahu sekurang-kurangnya dapat juga kau lega"

Tapi bagi aku masalah yang aku ada sebuah rahsia terbesar,sebuah amanah yang besar untuk dijaga.Bukan dijaja.



lagi



" Aku tidak mengenali seseorang manusia sekali pun yang boleh dianugerahkan perasaan percaya ini "




" Aku merindui seseorang yang aku percaya yang masih belum terjawab siapakah gerangan "



wassalam
0116
050614