Isnin, 22 Disember 2014
Konkrit #1
Bau udara segar sedia menemani umat manusia yang sedar akan nikmat yang sekecil ini.Fir,masih mengesat hujung matanya yang terasa gatal akibat dek tahi mata menggunung.Tidur awal malam tadi sebab dia akan menjalani kitaran hidup yang berbeza mulai hari ini.Badan yang berat dipaksa bangun.Pergerakan yang lemah longlai menuju terus ke muka pintu bilik.Ada satu lembaga putih,hah ibu.Ibu kejutkan.Silau pemandangan mata,terang suluh lampu dari luar bilik.
Raup muka diusap,selesai mengerjakan perkara yang paling utama bagi memulakan hari yang agak payah untuk diberi hypothesis.Gementar.Hujung sejadah dicapai dan dilipat kemas.Kopiah dikepala ditanggalkan terus diletak rapi diatas meja.Jam dinding dijeling sesaat.Ada lebih kurang 3 jam lagi untuk dia sambung tidur.Peh,nikmat.
Headphone diraba dalam laci meja sambil mata melilau entah kemana.Tampak malas nak melihat sedikit pun harta karun yang ada dalam laci tu.Raba ja lah,gunakan deria sentuhan sebaiknya gitu.Ala-ala cekak yang besar gedabak tu disarung ke kepala,habis litup telinga tertutup.Masa beli dulu,memang sengaja beli headphone yang sebesar alam tu,puas sikit.Terus badan dihempaskan diatas katil bujang yang ada tu hah.Senarai lagu heboh dilihat dan diskrol habis-habisan.Wake Me Up instrumental dimainkan.Susunan melodi hasil gabungan apabendentah nama nya tu membelai minda dan mengajak kelopak mata untuk menurunkan labuhnya.
Kelentung kelentang bunyi rancak sudip menari dalam kuali.Ibu mesti tengah sibuk memasak untuk penuhkan isi perut serumah ni.Lagu yang terus bermain dari lubang2 speaker headphone tu sudah selamat memekakkan telinga Fir tapi tahu la dia ada chef sedang berperang dekat dapur tu bila bau harum makanan menyelinap masuk ke dalam bilik.Tangan kanan dibawa ke dahi,siling atas direnung kosong entah apa yang sibuk bermain wayang dalam kepala.Tak sangka aku dah tua.lol.Aku dah dapat kerja pun tinggal nak pergi ja dalam masa lebih 2 jam lagi.Zaman sekolah dah jauh tinggal kebelakang.Hampir sebulan telah berlalu selepas hari terakhir paper akaun haritu.
Hentikan lamunan ! aku kena siap nak pergi kerja.Tuala mandi berhias gambar spiderman disentap dari penyangkut ,mahu tercabut kayu penyangkut yang tiga batang tu.Kaki terus melangkah ke dalam bilik air.Yosh ! kita mandi badak pagi ni.
********** bersambung ...
Konkrit #1
221214
1453
Langgan:
Catatan (Atom)