First time kali ni menaip menggunakan telifon disebabkan wifi kolej pun cuti study week juga.Kadang-kadang apa salah nya.hiks
Kadang-kadang manusia sekeliling kita berfikiran mudah,straight to the point.Nak kata jumud tak syumul pun tak.Tiada kaitan dengan agama eh topik kali ni,saja acah poyo sikit.Mereka cuba memahami situasi yang kita alami
" i feel you "
" aku faham bruh "
Tapi sebenarnya mereka tak pernah faham sebab kata solusi yang diberi meleset jauh daripada realiti kehidupan kita.Basically ,how much we explained to them is never enough to make them understand.Kita cerita berjuta kali pun mereka tak akan faham macam mana bergolak, bagai perang dunia ke-3 dalam kolam emosi kita.
Pemikiran meraka,anggapan mereka bukan kuasa kita untuk mengawal.Mungkin mereka berasa apa yang mereka fikirkan itu cukup tepat.Kira kalau ikut accuracy tu hampir kena tapi kita si papan sasaran yang berlubang dek tembakan yang dilepaskan.Bila sasaran tak tepat,tempat lain yang berlubang,memang mengundang bahaya la.Tapi mudarat untuk diri sendiri kerana mereka ini hanya mencuba untuk menolong.
Ah,tolong tak tolong ,hati aku yang berlubang salah tempat siapa nak tanggung - amarah
Kadang-kadang kita berada di tempat mereka dan mereka di tempat kita.Kawalan emosi penting . Kadang-kadang,akal harus bijak memanipulasikan hati dan perasaan ni.Orang tua- tua kata,ikut hati mati.Kawalan emosi oleh akal,perlukan masa juga untuk jadi pro ,sedangkan nak belajar naik basikal pun jatuh berkali- kali.Lutut luka,nak salah kan siapa? basikal? jalan tar?
Lama-lama akal ada auto-drive untuk hati.Rilek je,Pengalaman menambahkan kematangan,tapi tanpa kawalan hati yang betul ,garam telan banyak mana pun tak sedar-sedar badan mengalami dehydration.
Kadang-kadang kita tak perlu berlagak hero untuk tolong kawan2 kita yang dalam kesusahan.Sebab stunt2 hero melampau boleh jadi putus kawan.Mulakanlah dengan doa.Doa adalah sebaik-baik cara untuk menolong kawan2 kita.Lepastu kita nak get invole ke apa ,sila kan.Insyaallah,tuhan dah lembutkan hati kawan kita tadi,jadi tembakan kita bukan takat accurate tapi consistent *fizik* .
Kepada seluruh warga bumi,manusia yang hebat bukan manusia yang mampu tolak lori 100 tan tapi manusia yang hebat adalah manusia yang dapat mengawal sifat amarahnya.
p/s: Ubat Hati ; Share dengan tuhan .Tiada istilah overdose dan intoxication
wasalam
301216
0140