Entry kali ni aku akan bahasa kan diri aku as I ,sebab entry kali ni sasarannya adalah adik2 so hai adik2. (okay poyo sangat)
I akan share tips interview dan cara membuat keputusan yang betul untuk decide yes for medic and no for medic.Basically all these based on IPTA ,syarat kemasukan dan korang boleh check on every universiti awam yang tawarkan kos perubatan Ok!
I start with permohonan dulu.
Bila korang yakin perubatan adalah passion yang korang cari-cari selama ni korang kena pastikan 3 subjek sains iaitu Biologi ,Kimia dan Fizik at least B untuk SPM (WAJIB). This one untuk spm candidates.Selain tiga subjek core ni ,subjek-subjek lain jangan ada C,
JANGAN !(PRECAUTION).
why why why ? bukan ke nak masuk perubatan ni,kelayakan berdasarkan pencapaian asasi or matrik dulu etc ?
Memang begitu syaratnya,sayang nanti kalau kamu (formal jap) bersungguh waktu asasi atau matrik etc dapat pointer bagus tapi kamu tak lepas IV Medik sebab keputusan SPM kamu yang dulu tu.Jadi keputusan SPM memang memainkan peranan yang penting,kalau kamu tak cukup syarat untuk keputusan SPM,kamu boleh consider kos-kos lain yang ditawarkan.In my experiences as a student in foundation,I have friends yang perform both semester tapi hasrat nak sambung medik tak tercapai sebab sangkut dekat SPM,jadi untuk SPM leavers,decision yang korang kena buat bermula daripada hari korang terima result SPM,benda ni penting sebab banyak yang terlepas pandang.So be wise.
*****
settle with keputusan SPM dan tahniah kepada yang lepas syarat2 bagi keputusan SPM .
Now we move to asasi,matrik dan setaraf ..
Memandangkan,zaman kita sekarang ni semua nya pandai belaka,maka kamu semua kena usaha pointer 4 rata (untuk lepasan matrik atau asasi universiti A tapi nak deg medic dekat universiti B).Mungkin ada sesetengah universiti dah reserved kuota untuk pelajar asasi mereka sendiri, jadi if you are lucky,kamu boleh masuk w/o 4 rata.Tapi kalau satu batch kamu tu,kebanyakkannya budak2 pointer 3.5 keatas,kamu kena lebih lagi daripada mereka untuk put yourself dalam zone selamat untuk tersenerai dalam Shortlist IV Medic.
Tips ?
belajar daripada awal,setiap hari pastikan ada period yang korang belajar dan boleh recall before tidur without looking at your notes ,do it everyday .Paling utama niat belajar kena betul,I believe this thing dah berkali-kali orang sekeliling tekankan,well yes it is important.Niat yang betul adalah niat yang akan mendekatkan kita dengan tuhan.Tapi nanti jangan pula putus asa dengan hidup,bila korang tak dapat IV Medik,IV Medik tu hanya salah satu ujian yang tuhan nak berikan pada kita.Jangan bila tak dapat, marah dengan tuhan,makin jauh dengan tuhan,tak baik tau.He knows better then us,our future awaits and its gonna be a good one,believe in yourself and God (Allah).
Allah akan berikan sesuatu menurut pra sangka hamba Nya.
So be positive !!! Maybe Im not the right person untuk bercakap soal hati dan perasaan "Tak dapat Medik",but believe in yourself there is something awesome waiting for you in future.
*****
Ok setakat ni ? Tahniah for those lepas syarat kedua yeayy !
Oh yea ,tentang MUET,usaha untuk dapat Band 5 sebab aku tengok budak-budak sekarang petah bercakap Bahasa Inggeris,Bahasa Inggeris aku pun ke laut hehe.And I think Im not the right person untuk bagi tips tentang MUET,sorry guys.
Now lets talk about Medic Interview !
Kita mulakan dengan benda-benda simple dulu okay.
Penampilan
1. Formal (jubah tak formal); kemeja,tie,slack,blazer if u have
2. Jangan pakai baju macam nak pergi kenduri meriahnya especially girls
3. Jangan pakai accessory (PRECAUTION)
4. Bagi yang dye rambut,dye hitam balik alright.
5. Rambut kemas,tak mahu panjang sangat macam peraturan zaman sekolah dulu,tak menyentuh kolar baju (RECALL tak pun tanya adik2 yang masih bersekolah to be sure)
6. Bagi yang choose untuk pakai skirt during interview pastikan bawah lutut (LESS SKIN EXPOSED IS ADVISED)
7. Baju yang tidak ketat dan tidak oversize,perfectly fit and perfectly loose
8. Kasut bertutup dan HITAM (JANGAN PAKAI KASUT LABUCI2 EH)
9. KEMAS (Make sure you look good and comfort)
BAHASA TUBUH and DO's and DON'T 's
1. Ketuk pintu ,buka sikit pintunya dan masukkan kepala sikit dan tanya "May I come in?"
2. Duduk bila disuruh duduk,kalau interviewer tak ajak duduk korang tanya "May I have a sit ?"
3. Duduk tegak ,SENYUM tapi jangan senyum macam psychopath pula bhaha
4. Jangan letak tangan atas meja
5. Jangan pandai-pandai letak resume korang atas meja eh,peluk ja resume nya,bila di diminta baru letak dan bagi.
6. Bagi resume dengan dua2 belah tangan (to show respect)
7. Jangan goyang2 kan kerusi (well I did this during interview and I think Im lucky that I get accepted)
8. Gunakan bahasa yang universiti telah ditetapkan,tak silap ada universiti yang guna Bahasa Melayu .Just prepare both languages ok buddies
9. Jangan,tangan nya tu banyak gerak ,our limit is between your shoulders and dua jengkal dari badan anterior view.
10. Be casual and polite and mesra alam sikit okay
Okay done dengan penampilan dan tata tertib ,these are important untuk pastikan kita dapat good first impression.Satu lagi nasihat jangan lupa untuk be yourself.
Kita move to questions that might be ask and the correct way to answer
1. Do you have your breakfast ?
Kalau belum cakap belum kalau sudah cakap sudah.KENAPA ? they can tell if you lie,so my advise makan dulu okay.SEBAB APA ? kalau jawapan kamu belum,nanti interviewer boleh backfire balik dengan soalan "Don't you think breakfast is a crucial thing" mati la nak
so tips jawapan adalah ELAKKAN JAWAPAN YANG BOLEH BACKFIRE okay,tapi kalau dah kena backfire tu relax dan jawab ja sejujur yang boleh dan munasabah
2. Introduce yourself
Ni korang bagitahu nama,asal dan highest qualification (paling latest)
3. Soalan cliche ,interviewer akan tanya family background .Biasanya mereka nak tahu,ada tak family members korang dalam medical field.
4. Then kalau korang tak active sport atau benda2 lain selain akademik waktu sekolah ,probably dia akan tanya macam aku dulu sebab you know sometimes our resume can kill us bhahah.
jawab ja,kenapa.Macam aku ,i have my own reason which is TB .Dan ini tips untuk yang ada reason yang macam aku ni,pastikan korang study mengenai panyakit tu sendiri okay.Basically just prepare jawapan kepada jawapan korang tu
cth korang jawab : cepat penat
nanti mesti ada yang tanya kenapa ?
dan mungkin berlarutan soalan kenapa dan kenapa.So sediakan jawapan untuk setiap kenapa.I know its hard ,ive been through it .
5.Why do you choose medic or doctor ?
Ini adalah ibu soalan kepada semua soalan.Jawapan korang sangat memain peranan untuk mereka judge,korang sesuai ke tak dengan medik ni.Jadi korang kena tanya diri korang balik kenapa kau nak jadi Doctor and korang boleh cari satu idola and remember his name sebab maybe the interviewer will ask and as usual prepare untuk jawapan WHY
Jawapan cliche: I want to help people and improve their quality of life.
ini cliche sangat,mungkin kawan2 korang yang IV hari tu jawab benda yang sama.Jadi kenal diri korang betul-betul.
Like me ,I cerita my experience as a patient dan how I feel about it dan macam mana aku terinspirasi untuk terlibat dalam bidang perubatan ni.So go study YOURSElF .
Dan untuk jawapan cliche tu,interviewer boleh tanya,kenapa tak jadi Nurse je,boleh jugak tolong orang,tak pun social workers ke,any jobs in this world yang help people.So prepare.
Biasa interviewer akan tanya pencapaian korang ,jadi korang cerita lah daripada sekolah rendah sampai waktu tu
6. Then lepas korang bebel panjang mengenai kenapa saya nak jadi doktor,nanti akan ada soalan macam "Apa yang kamu akan buat untuk prepare yourself as a doctor/medical student"
Jawapan cliche : belajar rajin2
Jawapan tak cliche : get fit physical and mentally then korang nyatakan lah how korang nak achieve FIT tu dan WHY
sebab apa jawapan belajar rajin2 tu cliche sebab,soalan dia sendiri dah nyatakan "...PREPARE YOURSELF AS A .." assume korang dah memang dapat,so korang jawab jawapan2 yang tak cliche yang korang rasa patut korang buat.
7. Jangan terkejut, kalau interviewer yang seorang lagi tiba2 potong/menyampuk waktu korang tengah bagi jawapan panjang lebar untuk previous question (this thing happened to me..)
soalan "How are you going to release your stress" because previous question i answered "being a medical student has lot to cope bla bla its hard and heavy.."
Korang jawab ja ,sebab I think ini adalah trick untuk kesan sama ada jawapan-jawapan you,before this datang daripada lubuk hati atau tipuan semata.
8. Then PBL or KBAT punya soalan
"How are you going to handle and tell your patient family members,that your patient is died on operating theater?"
"How are you going to explain sth sth to your patient to agree with the procedure you suggest them to as your patient influenced with mitos out there..?"
and etc kind of questions that need to show korang punya attitude,judgement,words,behavior,emotions,rationality etc because they need a human not a robot.
9. "Is there anything you want to ask ?"
Haa waktu ni kau tanya la apa kau nak,tapi jangan tanya "saya dapat tak"
jawapan cliche : How can I improve myself
aku dulu tanya : What subject should I focus if I want to be a neurosurgery
and our beloved dean answer with his kind hearted ,tapi interviewer satu lagi cakap dekat sebelah atau bermonolog gitu "Huh kalau medik semua kena score" .....angin tiup sepoi sepoi bhahah time tu aku pusingkan kepala pandang dean ja,sebab aura interviewer lagi satu tu macam nak makan orang je hehehe .
Then jangan lupa say thank you ,bila buka pintu tu nak kasi tutup balik,tutup pelan2 jangan kasi bunyi okay.
Untuk tambahan,before interview korang practice dengan jawapan2 yang korang dah karang dan jangan lupa study fakulti perubatan punya organisasi ,macam dekan ,timbalan dekan etc ..benda2 ni korang boleh search dekat laman web fakulti universiti tu dan semampu boleh ingat sekali muka nya cuz i mistaken their name waktu tu HAHAHAHAH malu bhai and forgot to mention that don't play God in your answers ,cth ; Saya yakin Allah tetapkan saya dapat Medik untuk sth sth sth .
********
So good luck from me to all future doctors and remember being a doctor isn't about rich,money,popularity but passion,sacrifices everything you have to safe others .Oh yea kalau nak kaya,doktor tak kaya pun hehe.
p/s: Im sorry If i little bit late to write this entry..
wasalam
020417
0105