Ahad, 4 Jun 2017

Kenali DIABETES MELLITUS

Assalamualaikum .


I'll go formal for this entry ..

Saya agak berfikir panjang juga,macam mana saya nak menjelaskan serba sedikit mengenai Diabetes Mellitus dalam kata yang mudah ringkas dan senang difahami.

Saya ingin menegaskan ,apa2 yang tulis untuk kali ini adalah berdasarkan dapatan daripada apa yang saya belajar di kelas.Jadi saya berharap pembaca merujuk tentang hal ini kembali kepada yang lebih arif iaitu Doktor .

Saya cuba untuk menulis seringkasnya dan 'simple'.

Bismillah ...

*****

Diabetes Mellitus .

Diabetes menurut google,dari kata GREEK ia bermaksud siphon ,kerana mereka yang mempunyai diabetes menghasilkan air kencing yang banyak dan sering membuang air kecil ; polyuria 

Mellitus menurut google,dari kata GREEK ia bermaksud sesuatu yang manis ,sebagai contoh madu ,kerana air kencing pesakit diabetes mellitus mempunyai 'rasa manis'.

Selesai dengan maksud.

Diabete Mellitus ada dua jenis .

  •  Diabetes Mellitus jenis 1 
  •  Diabetes Mellitus jenis 2






Untuk entry kali ini saya akan fokus pada Diabetes Mellitus jenis 1 dahulu.

Diabetes Mellitus jenis 1 
  •  Autoimmune Disease ; badan menghasilkan antibodi yang menyerang sel tubuh yang normal dan akhirnya membawa kepada kemudaratan kepada tubuh. 

Saya akan terangkan serba sedikit mengenai fungsi normal tubuh kita supaya nampak agak jelas dan mudah bagi pembaca untuk mengaitkannya .

Badan kita bertugas untuk memastikan semua perkara dalam tubuh dalam lingkungan yang normal ; sebagai contoh gula ,garam dan sebagainya .

Kita mempunyai organ yang bernama Pancreas 









jujur saya katakan saya sendiri tidak tahu pancreas dalam bahasa melayu apa ,jadi di sini pembaca boleh lihat ,di mana pancreas selalu dikaitkan dengan bentuk daun kerana bentuknya yang seakan akan daun


Apabila kita mengambil gula ,gula tersebut akan diserap masuk kedalam darah, di perut dan usus.Katakan lah,gula yang dimakan tadi agak tinggi jadi 'gula dalam darah' juga akan meningkat.

Tubuh kita tidak akan membiarkan perkara ini berterusan, jadi pancreas bertugas untuk menghasilkan hormon INSULIN bagi merendahkan 'gula dalam darah'.

fungsi INSULIN 

' merendahkan tahap gula dalam darah dengan cara membenarkan gula memasuki sel-sel tubuh untuk digunakan bagi proses penghasilan tenaga atau pun untuk disimpan '  


Saya akan kembali kepada Diabetes Mellitus .
Pesakit Diabetes Mellitus jenis 1,tubuh mereka menghasilkan antibodi yang asalnya untuk menghalang jangkitan, telah menyerang sel normal pancreas, yang bertugas dalam penghasilan insulin. 

Kebiasaannya ,pesakit akan mulai mengalami simptom, setelah sel pancreas gagal menghasilkan tahap insulin yang mencukupi, bagi 'menguruskan/menangani'  tahap gula dalam darah yang sangat tinggi.

Walaupun darah mempunyai tahap gula yang tinggi,sel tubuh tidak dapat menggunakan gula tersebut dengan ketiadaan insulin kerana tugas insulin... ' merendahkan tahap gula dalam darah dengan cara membenarkan gula memasuki sel-sel tubuh untuk digunakan.....'  

Dengan ketiadaan insulin,maka sel tubuh tidak dapat menggunakan gula untuk menghasilkan tenaga, maka seterusnya menyebabkan sel tubuh kekurangan bekalan, dalam penghasilan tenaga.TETAPI tubuh kita sentiasa mempunyai backup plan,tubuh akan mula menggunakan lemak (Fatty acid) sebagai bekalan dalam penghasilan tenaga.

Maka...

Lemak akan menjalani beberapa proses yang akan menghasilkan ketone bodies dan ketone bodies ini, apabila terlalu banyak, boleh membawa kepada pelbagai komplikasi yang serius dan boleh membawa maut.  




Jadi di sini saya ingin menegaskan betapa pentingnya peranan Insulin bagi pesakit Diabetes Mellitus jenis 1 .Saya berharap para pembaca tidak hanya bergantung pada penulisan saya ini kerana ingin saya tegas kembali,entry ini adalah ringkasan daripada apa yang saya dapa ringkaskan setelah mempelajari mengenai penyakit ini, di dalam KULIAH DAN SAYA BUKAN DI POSISI YANG LAYAK UNTUK MEMBUAT KATA PUTUS .Jadi saya menyeru para pembaca membuat lebih banyak lagi pembacaan mengenai penyakit ini.


pembaca juga boleh juga menonton vid ini,jika pembaca ingin tahu dengan lebih teliti .

 





 Sampai di sini sahaja ,mungkin untuk Diabetes Mellitus jenis 2, saya akan post pada masa akan datang ,inshaAllah.Saya harap entry saya pada kali ini dapat serba sedikit memberi pendedahan kepada pembaca dan jika ada di antara pembaca adalah daripada kalangan yang lebih arif ,saya mengalu-alukan anda untuk membuat komen di bawah .

****** 



wasalam
040617
1942