Rabu, 10 November 2021

Done Medikel Skool

Assalamualaikum geng, weh AHAH aku dah habis siot 5 tahun degree. Di zaman pandemik korona ni, alhamdulillah. Aku nak rant sikit la ye.

 

Final year after nama-nama yang layak untuk ambil exam profesional keluar, kami dapat dalam 1 bulan studi week. Terima kasih tarikh vaksin dan terima kasih korona. Kalau tak studi week nya hanya 2 minggu. Nak di jadikan cerita, aku selama 1 bulan studi week tu hari2 aku beli makanan luar untuk sarapan, lunch and dinner dan ofkos snek. HARI HARI. Aku end up naik 5Kg dalam masa satu bulan. 

Tiba hari exam. Exam 2 minggu. Minggu pertama 3 hari, dan minggu kedua pun 3 hari sahaja. Minggu pertama exam teori, segala teori yang dari lubang cacing bawah batu dalam gua dia kasi. Alhamdulillah everything went smooth. Walau dia punya nervous tu lain macam, sampai otak jem tak tahu nak baca apa. Ko tahu apa aku and kawan aku baca, Yasin. Kami buka Yasin ye, tak tahu lah nak expect apa. 

Move minggu kedua. Minggu kedua ni, walau ada exam 3 hari, tapi setiap student hanya akan exam 2 hari sahaja, ikut giliran. Di sini lah bermula segala nya..

Aku, ada kawan. Adalah 3 ketul. Ini yang betul2 member kalau kau jatuh tergelincir time makan eskrem, haa diorg jenis yang gelakkan kau tu. Kami ni sama2 studi untuk prepare exam, sama2 stress, sama2 gila tapi tak sama2 habis exam. 

Aku tak duduk serumah dengan 3 orang ni. Nak jadi cerita, tiba2 rumah diorg semua korona HAHA. Maka member 3 ketul aku tak dapat duduk exam, dan kena kuarantin 2 minggu dan monitor simtom korona. 

Kami, simbolik daripada universiti, akan bagi kami satu stalk bunga orked purple, sori lah takde gambar :'). Disebbakan aku je yang habis on time, kau rasa seronok ke habis sensorang. Member kena kuarantin. Ko nak hepi tak kena, nak sedih pun tak kena. 

Lepas je aku habis exam aku bosan gila, yang lain semua joli habis exam dengan geng studi, aku? haa member korona. Jadi aku postpone lah aku punya selebret habis and passed medikel skool ni. 

Aku dah beli tiket flight waktu first week exam, sekali lah dengan 3 ketul member aku tu, lahhh diorang kena kuarantin, exam  belum habis jawab, macam mana nak balik. Ko tahu apa aku buat?

 

Aku tukar tiket flight, daripada 17Hb jadi 31 Hb. AKu habis exam 8Hb ye. Tak pernah lagi la aku tukar tiket flight sebab member. Bukan apa dah sayang ehek. 

So selama diorang kuarantin aku bawa diri, tak tahu lah apa aku buat, tapi alhmadulillah asyik busy je, takde lah terasa lonely ke sedih ke apa en en.

 

Detik mengdebarkan bila dah sampai hari member kena jawab exam. Exam ni nervous tau, tapi aku malas nak cerita. Long story short, MEMBER AKU PASSED. Alhamdulillah. SERONOK SANGAT. 

 

AKu tak tahu aku nak simpan mesej apa dalam entry ni, tapi sepanjang tempoh benda ni terjadi, im having realization on how much i love them. We are together since 2016, and now 2021. It was a long journey with so many things that happened. Alhamdulillah ~ Alhamdulillah ~ Alhamdulillah

me and my 3 ketul kawan ~ me the one yangg pakai jeans L0L



Wasalam

101121

1921