
assalamualaikum .
ecetera ecetera ecetera.Yada yada yada.Itu lah.Ini lah.Dalam tasik minda yang nampak tenang tak bergelora rupanya ada bermacam-macam species ikan even ikan DBKL.Riak wajah tampak manis dengan senyuman palsu tapi gula dipandang apa lagi ditenung ,eheh.Rasa tawar payau hati tuan punya badan sahaja yang tahu.Umat sekeliling melihat tuan punya diri bersifat neutral aje.Sembunyi dengan neutral rupanya ada keasidan yang level nya mencapai infiniti,kut.Uji dengan indicator tiada sebarang reaksi yang menunjukkan sebarang keasidan kerana indicator yang digunakan fenolftaleina yang punyai hasil yang sama bagi neutral dan asid.Maka tuan punya diri terus hanyut.
Bla bla bla.Hati tuan punya diri mulai mengecut kerana hilangnya banyak air alkali kerana sentiasa menghampiri kawasan hypertonic yang tampak banyak perkara yang menyenangkan hati dalam diam mengeringkan hati.Minda dalam masih leka tak menyedari keasidan perkara,yang makin meningkat dalam diri.Nafsu pun mulai bergelak ketawa bahagia merebut cecairan alkali keluar dari diri.Kaki terus sahaja menjejak lantai yang dipenuhi selumbar kayu.Tak sakit malah memuaskan diri.Sejahtera jiwa yang disuluh dengan bekalan voltan sel kering yang tak mencukupi.
Cett cett cett.Perasaan sentiasa meronta setelah habis puas menikmati kemeriahan asidnya keadaan.Mata tak melihat alkali sebagai ajen penutralisasi tapi hanya sibuk merendam diri dalam cecair hypertonic yang menghisap diri.Insaf datang bila da hilang semua alkali diri diiringi dengan keasidan tinggi.Merangkak mencari ajen keseimbangan kebaikan.Masa berjalan tak terhenti malah angka kehidupan terus bertambah tetapi tiada sedikit pun cecairan alkali yang meningkat.Menyesal dahulu pendapatan,menyesal kemudian tak guna.Realiti kehidupan payah mencari neuralnya tenang.
- Tuan Punya Diri -
*tuan punya diri (aku leteww) di sini adalah suatu panggilan yang mewakili jiwa2 yang merasai perkara2 sebegini dan semoga berjaya mencari dan menjalani ketenangan yang sejati . aminn ><
2041
050914
wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan