Jumaat, 22 Mei 2015

Angin

Assalamualaikum

jadi untuk yang the latest entry di mana kamu boleh scroll dan baca sendiri yea.Jadi the story of my life began...


Peace !


18 April - lahir lah seorang insan yang menangis terpinga-pinga sebab tiba2 ada kat luar uhm .

Aku ada banyak kucing,banyak sangat.Okay,takda kena mengena soal kucing dengan entry kali ni.Seingat aku,aku mula kenal sekolah sejak umur 4 tahun.T A D I K A.Means aku ber-tadika selama 2 tahun ha betul kan ? cer kira,haa tu kalkulator.Aku daripada kecil dah tahu malas nak pergi sekolah hah hah hah so me...


" Esok nak gi sekolah ke tak eh ..."

bayangkan budak comot dengan hingus dan gigi hilang sambil peluk bantal nak tido fikir pasal esok nak pergi sekolah atau tak.Budak tadika.Entah lah nak oi.

Pagi2,mak kejut dan aku tak ingat apa2 yang penting aku dah sampai sekolah.Menangis.Nak balik.Padahal bukan firstime pergi sekolah,saja tanak kan haa.Sebelah tadika tu ada restoran jual roti canai.Ingat lagi masa tu ayah pujuk dengan 2 bungkus nasi lemak kot.Tengok,kecil2 dah kuat makan ish3.Peluk cikgu,aku tak ingat dah nama cikgu tu tapi aku ingat muka dia eheh.Skip....

Primary school...

Memang menjadi kebiasaan untuk aku datang sekolah pukul 8 pada hari pertama persekolahan.Yes,aku tak ingat apa2 kecuali memori join pasukan menari untuk hari merdeka sampai legam tapi sebab dapat duit RM 100 semua okay dan tak kesah pasal kelegaman kulit sewaktu itu .*Senyumtariksebelah.Aku ni boleh di katakan tinggi sewaktu sekolah rendah dulu,boleh lah.Jadi disebabkan ketinggian,aku dapat LESEN masuk team bola jaring sekolah sedangkan aku tak reti main pun.Tak.Maksud aku tak reti tu macam,aku tak de function sangat lah dalam sesatu match tu.Aku jadi Goal Keeper ,akan tangan,jengket2 sikit just strategi untuk takut kan shooter pihak lawan.Ergh,sounds boring.Tapi ,masa tu semangat pergi training setiap petang.Tapi sekarang baru sedar macam aku make a fools of myself waktu tu.Takpe pengalaman,so boleh lah juga kot jadi coatch *angkatkeningsebelah.


UPSR..
Waktu darjah 4,aku start suka belajar.Thanks kepada cikgu sains yang sangat awesome sampai buat aku jadi suka belajar dan guru2 kelas pemulihan yezza.So nampak pemulihan tu ? yaa aku dummy gak dulu kahkahkahkah.Aku tak tahu lah tapi life journey aku macam weirdo atau something yang tak normal lewls .Semua nya rahsia Allah.
Masa ni baru mula berjinak-jinak nak cari kawan berkepit,tapi masa tu semua dah ada kawan berkepit huaa sedih gak masa ni,boleh lah.

Tak tahu lah kenapa orang susah nak kawan dengan aku masa tu,terfikir gak.Fikir punya fikir ,tade makna nya.

"Jaga lah hubungan/hak kamu dengan Allah maka Allah akan sentiasa memelihara hak kamu " 

Lebih kurang lah,aku lupa ayat dia,maaf titew bukan daks PQS heh.

Bahasa kasarnya,bila kita buat semua benda Allah suruh,no hal dude Allah jaga semua benda *emojiyangsenyumbelahkantu.No hal lah weh,Allah ada.

Secondary school..
Tak ingat sangat,sebab aku tak rajin nak hang out dengan kawan sekelas.Tak tahu apa jenis perangai masa ni.Tapi suka sangat duduk kat kelas sampai petang,dengan classmates yang stay asrama heh.Bla bla bla bla,oh yea yea aku join team koir sekolah.Best sangat,masa tu form 1/2.Sebenarnya terjebak,pasukan koir tak pernah wujud dekat sekolah tapi terwujud bila kami2 yang balik daripada satu kem sekolah ni kena buat persembahan lagu gemuruh jiwa depan warga sekolah,tup tup tup papppp! Pasukan Koir sekolah.Jadi ini medium aku release stress dan buang rasa alone ekekekeh.Skip...

Form 3 paling best,pengalaman masuk spital 10 hari dan dapat doktor2 yang waseem2 dan jameel2 semua.*SenyumPROUD .



" Saya dengar awak nak jadi doktor " - doktor waseem lagi sorang.
" Nanti masuk UITM puncak alam,saya pensyarah semua paper saya bagi lulus " - doktor waseem yang sangat memberi inspirasi

" Yes !! ,dah keluar dah keluar ! " - doktor jameel yang sangat muda 

" Uyoo,warna dia macam air teh laaa " - budak kecik impress
 " Kan ? macam air kencing pun ada " - doktor waseem yang melayan budak kecik

So,ini antara conversation yang aku ingat2 lupa(dan mungkin ada perbezaan ayat eheh garu kepala),masa doktor2 ni tengah gegeh sedut air keluar dari paru2 aku sampai kering.Masa tu,nampak muka seronok ,girang doktor2 ni masa air dari paru2 aku berjaya disedut dengan menggunakan syringe besauuuu gajah.Dan yes,im really enjoy it,rasa macam bukan patient pun ada.Dah lah doktor baik,siap offer nak kasi semua paper pass pulak tu,perghh siapa yang tak seronok kan. 

" Allah susun cerita kita bukan saja2,tapi ada sesuatu Dia nak bagi pada kita "


Pum pang pum ppangg ! SPM derr..

Aku pun tak berapa ingat sangat,tapi ada satu hari tu aku lambat sampai,nak dekat 0745 juga masa tu.Hah,cuak der.So settle spm habis sekolah....

Mereput....

" Hidup kita ni bagaikan roda yang sentiasa berpusing,kadang kita di atas dan kadang kita di bawah "

Aku,harap bagi sesiapa yang mengenali siapa aku sama ada betul-betul tahu atau sekadar di alam maya sahaja dapat sedekahkan sedikit bait-bait doa untuk tubuh keras ini untuk terus menjalani kehidupan sehabis baik mungkin.Insyaallah. 

Aku tak tahu bila aku akan menulis serancak dulu,eheh jadi jangan rindu2 cewahh .Okay. ;D

Entry kali ni,hanya serba sedikit summary hidup aku.Tolong doa kan aku sentiasa dalam position yang menjaga hati ye ,terima kasih. 



0410
220515
wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan