Isnin, 10 Disember 2018

Longing

Assalamualaikum gais, hai.

lagi beberapa minggu bye2 2018, jumpa 2019. Yang single dah berduet, yang berduet dah tubuhkan band. Tahniah everyone, may Allah bless us. I have nothing to say, aku cuma rindu dengan sebuah kehidupan yang aku idamkan. And im still figuring it out. 

wasalam
101218
2316

Ahad, 4 November 2018

Clinical Critical

Assalamualaikum,

Untuk kesekian kali nya, kepada semua readers yang wonder, alhamdulillah aku dapat masuk ke Tahun 3 sebagai pelajar medik, wohoooooooo.

Alhamdulillah, gementar waktu nak ambil First Professional Exam hari tu sudah terjawab. Allah akata aku proceed year 3. Aku sekarag tengah posting Surgery, dengan kata lain aku kena pusing dekat ward surgical. Aku kena tengok procedure surgical, dan ofcourse kena "belajar". Aku masuk klinikal ni memang culture shock! Semua benda belajar sendiri.

Aku ni adalah seketul manusia yang tak reti nak belajar sendiri, atau cari benda untuk dipelajari. Waktu pre-klinikal, lecturer bagi nota then aku baca la, studi la en. Ini lecture notes daripada lecturer adalah apa yang keluar daripada mulut lecturer waktu round ward. Aku ni manusia audio gitu, memang aku tak jalan ah kalau every words Dr. cakap aku nak tulis, sebab otak aku nanti tak faham. Tapi itulah, bila tak salin memang faham lah en, tapi lupa. Heloooook.

Aku lagi 2 minggu nak exam, aku tak tahu lah aku boleh survive ke tak. Fail satu posting FAIL FOR YEAR 3, aku tak larat lah nak kena go through things 2 kali. CAPEK.

Aku sejak masuk klinical ni, aku setiap hari juga mempersoalkan diri aku, sama ada keputusan aku untuk ambil bidang ni betul ke tak betul ke. ha ha ha

Kenapa aku boleh mempersoalkan balik walaupun dah masuk tahun 3 dengan selamat nya, sebab everyday aku rasa aku bodoh. Aku rasa kalau aku jadi Dr dalam keadaan bodoh ni, sumpah tak function. Aku ada 2 pilihan, transform daripada bodoh jadi kurang bodoh sikit atau stay bodoh.

SESUNGGUHNYA, berat nya lah nak ubah habit belajar aku supaya dapat transform daripada bodoh ke kurang bodoh ni. Allahu, aku follow the flow je ni, may Allah always guide every steps that i'll take. 



p/s : btw if any of you guys nak reach aku, boleh lah singgah https://ask.fm/hasralove 

wasalam
041118
1158

Ahad, 10 Jun 2018

Future

Assalamualaikum.

Entry kali ni khas buat seseorang yang mungkin akan wujud atau pun tidak dengan izin tuhan pada masa hadapan, suami.

Hi awak, saya tiba2 terfikir untuk tulis satu entry khas buat awak sebab terlalu banyak perkara yang bermain dalam benak fikiran saya kebelakangan ni. Jadi saya buat keputusan untuk menukar fikiran itu semua kedalam sebuah bentuk yang awak boleh baca dan mungkin ini adalah tips yang berguna untuk si kaum adam.

Awak, terima kasih kerana sudi untuk hidup dengan saya walau dalam apa pun keadaan dan saya juga sudi untuk hidup dengan awak. 

Awak, situasi yang ceria dengan senyuman tidak akan sentiasa kekal dan ada masa nya saya akan mengalirkan air mata, dan awak juga begitu. Awak, saya faham setiap titisan air mata yang keluar dapat meruntun hati awak dan juga saya apabila melihat awak menangis secara terbuka mahupun rahsia. Setiap tangisan ,kita sentiasa ingin pasangan kita untuk melupakan punca kesedihan dengan pelbagai cara kita olah untuk melihat senyuman di bibir terukir kembali. Tetapi tika saat itu, seluruh dunia seakan berhenti dan perkara yang saya ada saat itu hanya kesedihan saya, saya nak awak lihat saya yang penuh dengan kesedihan dengan mata simpati dan sayang. Berikan saya pelukan sokongan yang hangat dan JIKA awak juga merasa kesedihan atas punca yang sama, saya mahu kita bersama-sama menangis dan mengekspres setiap keluhan dan pedih di hati.

Tolong berada disamping saya dengan segala yang bermain di dalam minda awak, jujur dengan awak jujur juga dengan diri saya. Saya mengetahui setiap usaha yang dilakukan untuk memastikan wanita kesayangan awak sentiasa senang tetapi world doesnt work that way sayang.

Saya mahu kita menangis bersama agar kita meraih rasa bahagia bersama kelak,insyaAllah.

Awak, sesungguhnya saya sangat takut untuk melepaskan diri saya yang bujang kepada seseorang yang berpangkat isteri. Bukan tanggungjawab sebagai isteri yang saya takut, tapi masa hadapan saya yang telah saya karang dengan penuh warna yang membuatkan saya berasa takut. 

Adakah saya masih berpeluang mengecapi impian fantasi yang dikarang dengan beribu 'correction' ?



Saya terlalu menyayangi diri saya, hati saya, perasaan saya. Saya tak sanggup melihat diri saya berasa terperangkap dengan rasa penuh serba salah. Saya amat menyayangi diri saya kerana dari kecil saya sudah mulai belajar menjaga hati perasaan saya dek kerana pengaruh tempoh tumbusaran saya.

Sungguh saya berasa bahawa "Tiada siapa lagi yang lebih menyayangi diri kita selain kita sendiri".

Mampukah awak menyemai kasih awak buat saya setanding, kasih saya terhadap diri saya sendiri dan lebih lagi?


Saya amat menyayangi awak wahai suami, setialah berada di hati saya dan izinkan saya untuk setia berada di hati awak,sayang.

Semoga kita bertemu dan kekal sehingga kita mempunyai sebuah agam yang indah di syurga.



Kasih daripada seorang wanita,kesayangan awak.


wasalam
100618
1129
 

Selasa, 5 Jun 2018

Motivation

Assalamualaikum

Aku dah nak habis tahun ke-2 ,insyaAllah. First Prof Exam FPE tak lama lagi, dalam less than 40 days ahead. Aku memang ambil masa juga untuk hadap blog sendiri dan tulis entry baru. At the moment aku tengah rasa hilang motivation untuk studi. Aku dah tak ingat apa yang berjaya buat aku sampai ke tahap yang sekarang ni. Aku macam dah lack of goals. Goals yang mampu tolak aku untuk studi, untuk pas FPE. Ye,aku nak lulus sebab kalau gagal tu adalah mimpi ngeri sangat2 buat aku. Tapi studi dengan niat nak lepas FPE ni sangat lah tak membantu aku studi,buat revision dan sebagainya. Niat yang ini takde sifat booster yang aku perlu.




Aku dalam sendu2 stress cari motivations aku ada tengok insta live story dari ig @medinspiration. Siapa yang nak follow pergi la follow. Sebelum ni aku pun tak pasti kenapa aku follow account tu. Hari ni baru aku tahu hikmah aku follow account tu. Insta live by a psychiatrist. Dia ada review satu buku cover kuning dan aku malas nak ambil tahu tajuk buku tu semata untuk entry. Yang penting buku tu kuning dan dia review mengenai "yearning" .


Apa yang aku faham yearning ni seolah 'apa yang kita mahu' or pusing2 sikit boleh jadi seolah 'purpose' juga. Dia bacakan fews yearnings listed on buku tu.As follows adalah yang aku ingat:

To be exist
To be heard
To be respected
To be value
To be love
To be touch



Ada lagi yang lain macam 'untuk kenal tuhan or taat', lebih kurang lah, ayat english nya panjang sangat, tak macam yang dekat atas ni ,3 ketul je.

Jadi ,aku rasa aku nak to-be-exist ,to-be-heard and to-be-value. Nampak macam yearning aku lebih kepada seseorang yang kurang perhatian ja kan. Aaa, ini lah auto negative thoughts yang dia ada mention tadi. The macam yearning aku lebih kepada seseorang yang kurang perhatian .


Aku tak tahu lah apa dan kenapa aku tulis entry kali ni. Tu la tu, just nak share mengenai 'yearnings'. Yearning ni nampak macam menarik, aku ada la juga nampak apa yang aku kena buat untuk dapat yearnings list aku kan. Maybe after this no more goals but yearnings. 


Body scan. Dia ada juga mention mengenai body scan, bukan medical check up tapi emotional body scan. Ada 5, fear, anger, joy, sadness and happiness...kut. Dia mention about 'learn how it feel' sebab sometimes 'benda' yang kita rasa, kita sendiri tak tahu nak define kan benda tu perasaan apa. Sebenarnya aku lupa apa function body scan ni tapi apa yang aku faham it more toward process untuk kita faham dan kenal diri kita then later we know how to treat ourself.


Dah tu je. Doakan aku dan kawan2 pass FPE dan masuk yr3 Sep 18 dan SEMOGA AKU DAPAT BOOSTER SECEPAT YANG MUNGKIN. Amiin.



wasalam
050618
0118