Entry kali ni khas buat seseorang yang mungkin akan wujud atau pun tidak dengan izin tuhan pada masa hadapan, suami.
Hi awak, saya tiba2 terfikir untuk tulis satu entry khas buat awak sebab terlalu banyak perkara yang bermain dalam benak fikiran saya kebelakangan ni. Jadi saya buat keputusan untuk menukar fikiran itu semua kedalam sebuah bentuk yang awak boleh baca dan mungkin ini adalah tips yang berguna untuk si kaum adam.
Awak, terima kasih kerana sudi untuk hidup dengan saya walau dalam apa pun keadaan dan saya juga sudi untuk hidup dengan awak.
Awak, situasi yang ceria dengan senyuman tidak akan sentiasa kekal dan ada masa nya saya akan mengalirkan air mata, dan awak juga begitu. Awak, saya faham setiap titisan air mata yang keluar dapat meruntun hati awak dan juga saya apabila melihat awak menangis secara terbuka mahupun rahsia. Setiap tangisan ,kita sentiasa ingin pasangan kita untuk melupakan punca kesedihan dengan pelbagai cara kita olah untuk melihat senyuman di bibir terukir kembali. Tetapi tika saat itu, seluruh dunia seakan berhenti dan perkara yang saya ada saat itu hanya kesedihan saya, saya nak awak lihat saya yang penuh dengan kesedihan dengan mata simpati dan sayang. Berikan saya pelukan sokongan yang hangat dan JIKA awak juga merasa kesedihan atas punca yang sama, saya mahu kita bersama-sama menangis dan mengekspres setiap keluhan dan pedih di hati.
Tolong berada disamping saya dengan segala yang bermain di dalam minda awak, jujur dengan awak jujur juga dengan diri saya. Saya mengetahui setiap usaha yang dilakukan untuk memastikan wanita kesayangan awak sentiasa senang tetapi world doesnt work that way sayang.
Saya mahu kita menangis bersama agar kita meraih rasa bahagia bersama kelak,insyaAllah.
Awak, sesungguhnya saya sangat takut untuk melepaskan diri saya yang bujang kepada seseorang yang berpangkat isteri. Bukan tanggungjawab sebagai isteri yang saya takut, tapi masa hadapan saya yang telah saya karang dengan penuh warna yang membuatkan saya berasa takut.
Sungguh saya berasa bahawa "Tiada siapa lagi yang lebih menyayangi diri kita selain kita sendiri".
Mampukah awak menyemai kasih awak buat saya setanding, kasih saya terhadap diri saya sendiri dan lebih lagi?
Saya amat menyayangi awak wahai suami, setialah berada di hati saya dan izinkan saya untuk setia berada di hati awak,sayang.
Semoga kita bertemu dan kekal sehingga kita mempunyai sebuah agam yang indah di syurga.
Kasih daripada seorang wanita,kesayangan awak.
wasalam
100618
1129