Selasa, 24 Februari 2015

Tolonglah Aku



Assalamualaikum



Alhamdulillah cukup bersawang dah tempat ni,ish3 aku pun tak tahu la siapa tuan dia HAHA.Maaf ,kepada readers*itu pun kalau ada ,aku jarang dan dah lama aku tak buat entry baru tehee.Jadi kali ni aku memang ada sesuatu untuk dikongsikan .Boleh dikatakan jakun la kut,kalau kau orang nak cakap la kan.Ehem,macam aku tak tahu ni. Eheh.Rilek semua rilek ,masa masih panjang untuk emosi ekekeke.



Baiklah, pada tarikh 18 February 2015 aku membuat keputusan untuk mengikuti satu program ,nama program ni “Perkampungan Menara Gading” singkatannya ‘pmg’.Program ni telah berlansung selama 4 hari 3 malam di Universiti Malaya Petaling Jaya.Jadi kiranya bila dah ada sebut pasal program,maka entry kali ni aku akan cuba untuk taip sebaik mungkin *cewwah,untuk share apa yang aku dapat.Insyaallah harap dapat menjadi inspirasi untuk orang lain juga dan bukan untuk aku seorang.



Okay,kenapa aku tergerak hati nak join …?

Aku tertarik sebab program ni dianjurkan dibawah Persatuan Pelajar Islam Selangor .And yes aku memang expect  program ni lebih kearah rohani.Aku tak ambil kesah sangat pun pasal maklumat2 mengenai IPT ,sebab aku macam takde interesting untuk tahu sangat sebab mungkin masa tu hati bercelaru ,agaknya la .Like usual on that day I came by ,daftar nama ,dapat bilik and yea dapat roommates.



Kita terus ke point yang utama,dekat sini hati tenang dan sebelum ni memang aku belum pernah rasa peace yang macamni ,rasa macam sayang sangat nak tinggalkan kem ,serious ! Aku tak tipu.Walau pada mula2 aktiviti agak okwed dan aku lebih memilih untuk senyap ,dan yea padan muka sebab aku takde patner untuk buat aktiviti HAHA .TAPI on first tu aje then everthing went well,phew.Seram juga la aku kalau aku takde kawan sampai akhir program.Okay,sepanjang program berlansung memang masa amat dititik beratkan,memang PUNCTUAL HABIS la.Aku pulak lembab terkedek-kedek eheh.



Dalam setiap orang yang aku jumpa dekat sini , sangat memberi aku inspirasi untuk jadi lebih baik.



Great people talk about ideas ,Average people talk about things and Small people talk about other people .



Jemaah . J.E.M.A.A.H .



Aku nampak jelas dah sekarang bila ada yang kata “Jom pergi syurga sama-sama” “Jangan lah pergi syurga sorang2” “Nanti tarik lah aku sama masuk syurga”



Life aku ,dekat sini memang berubah tiganamploh darjah.Ye la kan,ikut Jadual program kan …

Setiap hari turun ke dewan around 5 am ,qiamulaill.Solat Jemaah.

Solat Subuh.Mathurat . Tazkirah .Sarapan.Dhuha.Kelas.Aktiviti by group.Solat Zhur.Makan.Kelas.Solat Asr.Game.Makan.Solat Maghrib.Mathurat.Program.Makan.Al Mulk.Tidur



That’s it,secara briefly jadual pada setiap hari.

Aku mana pernah baca alMathurat … *kalau ada pun kat sekolah yang dah ditinggalkan hampir 3 bulan

Aku mana PERNAH BACA AL MULK. Ya ampun aku tak pernah kenal Al Mulk .TAK PERNAH.

Solat jemaah ? HAHA lawak sangat kalau aku pergi solat jemaah di masjid .

Punctuality ? lagi2 punctuality dalam committed untuk solat fardhu .Ya ampun ,tak lansung.



Makan



Syarat yang dikenakan ,setiap kali makan ,suapan pertama adalah untuk orang yang duduk disebelah kanan dan kiri.Yea ,kena suap .Mula2 memang macam “Kejadah nak suap2” .Rasa macam “Kenapa skema sangat” .Kata mereka sunnah ,menyuapkan sahabat.

Obvious sangat sangat ,aku tak pernah kenal orang yang duduk sebelah aku dan AKU KENA SUAP (?).Masa ni memang HAHA aku ingat lagi masa tu,aku tak suapkan pun sebab rasa hah rasa yang macam tu la.Tapi after time passes ,aku seronok main suap2 .Tak tahu apa jenis perangai ni eheh.

DAN AKU MULA RINDU UNTUK SUAP SAHABAT2 AKU .



Dari sini aku jumpa satu benda ,JEMAAH

Dengan ada jemaah,tak mustahil seseorang yang nak berubah untuk berubah.Tahu jemaah tu macam mana ? jemaah tu macam ni lah ,sama2 jaga kepentingan solat ,sama2 jaga kepentingan Hak Allah.Aku secara jujurnya sangat tenang,tenang sangat .



One of my team members



Kita sekarang ni ,kena fikir macam mana nak ajak orang dekat dengan Islam.Cuba bayangkan betapa banyak yang bunuh diri ,beribu-ribu .Cuba fikir,macam mana kita nak jawab dengan Allah nanti bila di persoalkan .Sekurang-kurangnya kita usaha



Aku inspire sangat. Orang yang berfikiran jemaah akan concern about their saudara sesama muslim . And yes , tak dapat dinafikan kita malah aku sendiri ,bila nak pergi solat tak pernah macam nak ajak “jom kita pergi solat jom” yang selalu aku keluarkan bila nak pergi solat just “jap eh nak pergi solat jap” .Aku treat people macam aku seorang ja patut solat ,macam aku seorang ja yang impi kan syurga .Yang penting point dekat sini yang aku dapat SELFISH NYA AKU .



Dari sini baru aku faham quotes yang antara nya macam “Tak pelah,biar aku tegur sekurang-kurangnya nanti dekat sana kau tak salahkan aku kenapa aku tak ajak kau sama-sama buat kebaikan” .



Tahu semua orang nak jadi baik .Cuma ada ego yang wujud kuat menyatakan KOLOT atau sesuatu yang lain yang susah untuk digambarkan.Dekat sini aku dapat lagi satu point ,susah nya nak ajak orang buat kebaikan dengan kata nama lain tanggungjawab sebagai seorang muslim untuk menjadi khalifah.



Masa sekolah dulu ye aku didedahkan ,dengan MANUSIA DIJADIKAN DI MUKA BUMI UNTUK MENJADI KHALIFAH ALLAH. Aku shocked .Shock dengan BETAPA BESAR NYA TANGGUNGJAWAB YANG KITA PEGANG sebagai seorang muslim.



Ajak ..?



Ajak lah secara berhemah.Hati manusia ni hebat sifat dia,sebab ada pelbagai rasa .

Aku nak cakap ,ajaklah aku sama .Aku nak jadi baik juga.Aku baru nak mula.Ajak lah,jangan lah pernah putus asa.Tolonglah .Aku nak pergi jumpa syurga juga. Aku nak cakap ,ajaklah aku sama .Aku nak jadi baik juga.Aku baru nak mula.Ajak lah,jangan lah pernah putus asa.Tolonglah .Aku nak pergi jumpa syurga juga.Janganlah tinggalkan aku. TOLONG aku,TOLONG !! tsk tsk tsk





Kita bila beribadah dan soleh kita insyaallah dapat masuk syurga ,tapi bila kita dakwah dan ajak ummah sama2 insyaallah kita sendiri dapat jumpa Allah



Aku masih tak kuat nak mengajak ,memang susah susah nak berdakwah .Paling dengan kawan2 sendiri ,tak mampu sebab takut sangat terkecil hati.Tapi rupa nya hmm.






Fikirkan macam mana kita nak anggap nenek yang pakai serkup  bawa barang itu adalah mak kita.Macam mana kita nak anggap mereka yang diluar sana itu adik,abang,kakak kita.Macam mana ..? Kita sayang mereka ,jadi boleh kita tegur dia sebab kita sayang dia .”



Sekian,mungkin ini yang aku dapat kongsikan.Even tak banyak ,aku harap entry ni dapat membantu.



“Orang yang berkawan dengan Penjual Minyak Wangi ,dia akan berbau harum dan orang yang berkawan dengan Si Tukang Besi ,dia akan berbau seperti busuk besi”





“Aku nak cakap ,ajaklah aku sama .Aku nak jadi baik juga.Aku baru nak mula.Ajak lah,jangan lah pernah putus asa.Tolonglah .Aku nak pergi jumpa syurga juga.”



“….Janganlah tinggalkan aku. TOLONG aku,TOLONG !! tsk tsk tsk “





2209

230215

wassalam

1 ulasan:

  1. *emoticon tangan tunjuk muscle tu*

    T_T

    kita kena ada inisiatif sendiri jugak sebenarnya. kalau kita tunggu je orang nak ajak, n kalau die ajak, kire ok. tapi kalau die tak ajak? naya. terus istiqamah ae )

    BalasPadam