Jam di dinding menunjukkan jam 2.55 pagi tiba-tiba terdetik dalam hati Fir untuk menge-check sebarang notification yang mungkin masuk menjengah ke phone leper pemberian ibu nya .Sekilas dia memandang ternyata ada pesanan ringkas dari mana tah yang nombor nya hanya 4 angka.Ah sudah kredit aku kena tarik ke ,bebel dalam hati nya sendiri teringat SOS Topup yang dilanggannya daripada syarikat perhubungan.Mata nya malas untuk meneliti secara fokus sedangkan mata nya sudah terasa ada yang menarik minta tutup .Fir membuka sms itu ,ditekannya simbol ala2 belon dialog itu haaa tak terbeliak mata Fir semasa membaca penuh pesanan ringkas itu .Universiti Teknologi Petronas .Lebih kurang 2 minggu yang lalu dia dengan tanpa berfikir panjang dia memohon untuk menyertai program asasi di UTP dengan menggunakan keputusan percubaan spm nya yang ada berapa kerat aje A dengan bahasa Inggris yang ber-gred C+ .
Laman sesawang google dibuka untuk melayari beberapa ipts yang mungkin bisa untuk dia mohon .Tapi mungkin terlalu awal untuk dia mohon sedangkan baru akhir bulan 12 manakan pula dia nak mohon .Tambah-tambah keputusan trial spm yang tak seberapa berbanding dengan lepasan spm yang boleh terus melanjutkan pelajaran tanpa perlu menunggu keputusan spm kerana keputusan trial yang sudah memadai.Hah UTP ,tapi macam lawak kalau aku nak mohon pengkhususan kejuruteraan even aku student fizik tapi passion aku kat akaun hah hah hah merapu.Jauh di sudut hati Fir ada satu suara yang mendorong dirinya untuk menghantat pemohonan tersebut .Aahh kesah juga aku ,baik aku mohon mana tahu dapat .Hampir sebulan berlalu sejak hari itu dan hari ini pada jam 2.55 pagi ..
" Subhanallah .."
Aku dipanggil untuk menghadiri temu duga untuk kemasukan ke asasi di UTP .Dalam riang hati nya masih tak dapat nak diputuskan untuk diterima atau tidak jemputan itu.Bukannya dekat Perak tu ,uni pun satu jauh jauh sangat kenapa.Memikirkan nya membuat mindanya kusut terus menggoda dirinya untuk tidur sementara belum masuk waktu subuh .
Mata dikesat macam rutin biasa manusia ,bila bangun kesat mata ,cari kalau kalau ada tahi mata segunung .Subuh .Selesai solat hati nya masih tak tenang kerana belum mengkhabarkan berita mengenai jemputan tersebut kepada kedua ibu bapa nya.Terasa mata nya pedih ,sungguh dia tak dapat tidur nyenyak mengenangkan sms malam tadi.Alhamdulillah,mungkin ada yang nak sungguh belajar di sana tapi tak berpeluang untuk pergi tapi dia,Allah bagi peluang cuma aku yang harus membuat keputusan.Matahari sudah pun sibuk menembak masuk cahayanya yang terang sealam itu,Fir keluar dari bilik ,nak turun bawah sarapan.Hm masa ni la yang sesuai untuk aku bagitahu ibu dan abah.Tapak kaki pelahan menuruni tangga kayu,hanya rumah kampung biasa.Nampak dengan mata sudah terhidang santapan untuk bersarapan,yang sepastinya ibu yang masak .Kepala dibawa tunduk ke bawah ,menatap perut kosong yang dari tadi tak sabar ingin menyantap makanan yang terhidang depan mata .Belum jejak lagi sampai ke meja inche hidung da selamat hantar informasi ada nasi goreng siap sedia untuk menjadi ratahan kelaparan,gila tak berbunyi macam kumpulan kompang kat kenduri kawen tu.heh dah panjang sangat cerita pasal lapar. Kerusi ditarik sopan dan dilabuhkan punggungnya ,ibu yang tiba-tiba terus menghulurkan pinggan,disenduknya nasi goreng sendiri ..banyak banyak...Abah hanya mampu tersenyum kecil melihat telatah anaknya yang sudah meningkat dewasa .Bahagia.
Dalam masa entah berapa kali dibetulkan sistem pernafasannya untuk sedia mengawal emosi ....
SKIP
SKIP
SKIP
SKIP
Skip semua conversation antara Fir bersama ibu dan abah nya.Ibu kata usah pergi,setelah nyata segala fakta yang benar dan memang disokong habis oleh Fir.Lucu bila difikirkan kembali bahawa Fir lebih takut kalau kedua ibu bapa nya menyuruhnya untuk menghadiri temeduga tersebut.Tenang jiwa ,jauh di sudut hati Fir ,walau Allah bagi aku peluang tapi pasti ada hikmah kenapa aku lebih memilih untuk menolak dan kenapa ibu juga turut menyatakan benda yang sama,tambahan juga bukan passion dia yang melibatkan diri dalam bidang kejuruteraan.
Senyum
****
Sorry guys but aku decide untuk tamat kan cerita konkrit sampai sini aje .yep agak tergantung cerita si Fir ni tapi hati dan minda kata tak mahu teruskan kan lagi eheh ,sorry just wait for another entry .
Susah nak cari ibrah kalau kome2 baca entry2 aku ni jadi aku decide utk stop creating story yang bersambung sebab aku tak berapa pandai sangat eheh sorry ,tu pun kalau ada yang frust .maaf ☺☺
Konkrit#3 (tamat)
030215
Tiada ulasan:
Catat Ulasan