Rabu, 21 Januari 2015

Hati



Hujan mulai turun jam 4.32 petang,nyaman terasa bila angin turut masuk menyinggah ke dalam ibu rumah.Jiqan tetap setia menemani computer riba pemberian kakaknya .Hari ni,Jiqan tak pergi kerja kerana terasa badannya tak begitu bermaya,dimintanya cuti daripada ‘bos’ .Setelah lunch jam 12.30 petang tadi ,dua biji panadol ditelan .Badan tak terasa panas tapi sudah lama Jiqan berasa bahang dalam badannya ,mungkin dek kerana bekerja dari pagi hingga ke malam dalam ofis yang  ber-pendingin hawa.Terasa rindu melepak di rumah sejak masuk alam pekerjaan ni,memang ada nya cuti sehari dalam seminggu tetapi suasana nya agak berbeza.Kali ni dia cuti tanpa pengetahuan family ,jadi bila ditanya tidak pergi kerja ,dijawabnya sengaja meminta cuti kerja.Suasananya agak berbeza,beza.



Malam tadi setelah pulang kerja Jiqan tak berbuat apa pun,setelah setengah jam sampai terus bergerak malas masuk ke dalam bilik,tidur.Solat isyak nya pun entah kemana .Jam 4.55 pagi jam loceng berbunyi ,ha solat isyak .Kepala terasa berdenyut pagi tu minta rehat lagi .Seusai solat subuh ,dalam jam 7 pagi Jiqan decide untuk text ‘bos’ mengatakan dia tak dapat masuk hari ni.Jiqan bukanlah pekerja sepenuh masa hanya seorang pekerja part time yang bila-bila masa boleh berhenti.Terasa di hati memang nak berhenti,nak mencari kerja yang berhampiran dengan kawasan rumah .Jiqan adalah salah seorang lepasan spm yang sedang menunggu keputusan spm diumumkan.Dah tak diendahkan nya pun mengenai keputusan tu,yang pasti dia berharap agar semua orang kelilingnya menerima dengan hati terbuka dengan keputusan yang akan dia peroleh nanti.Tak kisah la ,mahu dari A sampai Z pun tak kisah sebab aku tahu ,Allah dah tetapkan jalam cerita aku,yang pasti nya yang terbaik untuk aku.Aku kena kuat.



Jiqan juga seperti remaja lain yang pernah jatuh chenta dengan seorang minah.Jiqan tak pernah merancang untuk ter-kesan dengan persahabatan antara dia dan minah tu.Jiqan juga tak pernah ingin menyukai seseorang kerana dia sendiri mengenali dirinya sendiri,betapa keras macam batunya hati dia.Tak sensitive langsung dengan keadaan sekeliling ,tak berhati perut barangkali.Sejak dari itu ,Jiqan mula sedar bahawa persahabatan antara berlainan jantina tu mustahil,mustahil sebab nafsu.Nafsu untuk berkasih sayang macam remaja-remaja lain yang ada kekasih hati.Jiqan sekarang lebih suka menyendiri.Kembali.Mungkin dia terkesan dengan si minah kerana masa itu dia tengah payah dengan emosi dan masa tu hanya minah tu yang dirinya nampak untuk dijadikan rakan mendengar,mungkin.Jiqan sudah tidak ber-contact dengan minah tu macam dulu sejak dia mengambil keputusan untuk meletakkan friendzone antara mereka berdua.Aku mungkin jenis yang anti-couple tapi kalau dah ada depan mata tak mustahil aku pun boleh jadi macam jantan-jantan dekat luar sana .



Jiqan adalah seorang anak tunggal dalam kehidupannya.Si bongsu yang ketinggalan jauh dengan tempoh membesar abang-abang dan kakak-kakak nya.Jadi daripada kecil dia tidak pernah kenal erti penghargaan ,mungkin kerana tak terdedah sangat kepada benda-benda seperti ini.Penghargaan yang dimaksudkan,macam ‘cares’ sebab dia tak pernah tahu macam mana mahu menunjukkan dia cares.Semenjak masuk ke alam persekolahan,jelas kelihatan Jiqan keseorangan,tiada teman rapat.Mungkin kerana sejenis teman-teman rapat ni suka berbagi hadiah,mengucapkan selamat ulang tahun dan sebagainya tapi dia tidak.Bagi Jiqan,tiada keperluan untuk berkawan semata untuk berbagi hadiah dan tiada keperluan untuk mengingati hari kelahiran orang lain.Seperti digambarkan,Jiqan memang seseorang yang agak keras hati macam batu.Kalau nak dihempas dengan ombak berjuta kali pun pasti susah nak ada lekuk sebesar kuman.Bagi Jiqan alam persekolahan semasa sekolah rendah tak menjadi halangan untuknya tidak mempunyai teman sebab dia tak pernah rasa susah tanpa teman.



Menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah Jiqan masih meneruskan sikapnya yang sama.Sudut kecil hatinya memang teringin untuk mempunyai kawan baik ,sekurang-kurangnya bila ada yang tanya siapa kawan baiknya,ada juga nama untuk disebut.Tapi susah untuk Jiqan cari kawan yang dia nak.Rata-rata yang diperhatikan Jiqan ,tipikal bila disebut kawan baik ni mesti wajib berkongsi cerita hal peribadi,menangis sama-sama ,gelak sama-sama.Malang,Jiqan bukan seseorang yang suka menunjukkan kelemahan dihadapan orang ,ni kan pula orang yang dia mesti hadap hari-hari yang konon nya memenggang title sebagai kawan baik.Bagi dirinya ,dia belum bersedia untuk ada kawan baik disebabkan dia bukan jenis yang suka berkepit twenty-four hours dengan ‘kawan baik’ dan dia juga jenis tak suka bila wujud situasi di mana kawan baiknya ingin ke suatu tempat tapi dek kerana dia tak mahu ikut ,hasrat kawan baiknya tu terbantut.Jiqan paling allergic dengan stok-stok kawan yang macam ni sebab menimbulkan rasa bersalah dan rasa macam “Eh kau ni semua benda nak kena orang teman,nanti aku mati takkan nak tunggu aku bangkit keluar dari tanah nak teman kau pergi makan tengahari” .Thats it Jiqan hati batu.


Sejak Jiqan menjadi pelajar di tingkatan empat,Jiqan mula bercakap ,mula bersosial sedikit demi sedikit.Tapi makin hari ,Jiqan berasa dirinya adalah plastik.Plastik yang meminta simpati untuk ada teman.Hujung tahun sebelum peperiksaan percubaan spm hidup Jiqan berubah tiga-ratus-nam-ploh darjah.Berubah.Sejak kejadian itu,Jiqan mula menjadi seseorang yang sensitive ,seseorang yang mudah terasa sehingga mengubah dirinya kepada seseorang yang selalu menyakitkan hati orang yang cuba mendekatinya.Jauh di sudut hatinya,berasa tak senang dengan tanggungjawab untuk dipikul bila ada yang sudah mula rapat dengan dia sebab dia tak mahu hidup dengan harus ‘cares’ pasal semua orang ,jadi strategi ‘being cold’ adalah pilihan yang terbaik antara yang terbaik.Bukan menyakitkan hati orang tapi mungkin akan ada afew yang akan kata dirinya sombong.Thats mean mission accomplished - Jiqan ,Hafizi Khan Diary's 

210115
1751

p/s :tiada kaitan dengan kehidupan anda melain kan aku .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan