Isnin, 19 Januari 2015

Poyo

setiap yang mendatang mesti akan pergi .wahai.aku bukannya seorang pemuitis tapi hanya seorang manusia hina yang kadang terpeletok bila diberi pujian,lupa sebentar rupa nya itu bukan aku punya.tapi Dia.hati aku bukan juga milik aku tapi bukannya mahu mengatakan aku tunangan orang tapi buktinya aku sendiri tidak dapat mengawal emosi sebab Dia yang kawal dan kita yang memilih antara dua.tak senang untuk lupakan yang pahit walau segunung ke-manisan datang menyapa kerana walau sekecil kuman pahitnya memori pasti tidak akan diluputkan dari ingatan hanya tanpa itu mana pula datangnya kemanisan kalau belum merasa pahit ? eh jiwang karat bukan stail aku.personaliti bukan bergantung pada penulisan jadi jangan mudah jatuh cinta dengan penulisan bila sekarang menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia

penulisan ???

ya..

manusia kini banyak bergantung pada aplikasi2 yang hebat2 yang melibatkan penulisan dan melibatkan pencetusan ayat2.mungkin dulu boleh lah dikatakan jangan mudah jatuh cinta pada kata2 pujangga tapi sekarang da susah nak terima bila semua orang boleh jadi seseorang dalam dunia maya tanpa jejak.aku ?boleh sesuka hati membilang jantina aku yang mungkin auta semata.eh kau percaya ?

totally aku tak tahu apa yang ditaip tapi entahlah mungkin dah lama tak menaip apa yang ada dalam hati kecil ini berbanding benda rekaan semata.terlihat aku putih ?maaf tak putih mana kalau kau tahu aku.eh ?jangan mudah percaya dengan penulisan .jangan pernah buat anggapan berdasarkan susunan kata sebab sampah macam aku pun boleh reka ayat2 sebegitu .

entahlah
hati aku kata macam tu
tak tuju untuk sesiapa pun 
moga berhati-hati di alam blogger ! ini semua poyo ...


190115
0604

Tiada ulasan:

Catat Ulasan