Sabtu, 3 Januari 2015

Konkrit#2 (Sunyi)

malam tu aku decide untuk drop by dekat bustop yang memang sah bukan bustop kawasan rumah aku.hati masa tu lain macam.sunyi.aku ambil keputusan untuk balik rumah jalan kaki ,sedangkan tambang bas yang aku bayar tadi mengikut jumlah tambang bas dari tempat kerja ke kawasan rumah.ada sebuah kedai runcit,Fir menyeluk poket seluar.dompet dibuka,dijenguk.duit ni untuk sara aku tambang pergi balik kerja ,tapi takpe lah belanja tekak aku ni aiskrim sekali sekala.eheh.

whatapps dibuka.sunyi ,tiada satu notification yang masuk.Fir sudah biasa memandangkan dia bukan jenis yang suka bergaul dengan ramai orang dan jelas dia bukan seseorang yang suka berborak kosong,kosong daripada kehidupan dia jadi baik tak payah masuk campur nak join sekaki.aplikasi wechat turut di-log in ,moments di-scroll dari atas sehingga ke moment yang terakhir dia baca semalam.boring.bunyi yang familiar kedengaran ,chat whatapps masuk.Fir membuka pesanan tersebut ,ternyata dari kenalan lama.takde lama mana pun cuma lama tak berkhabar sejak konflik yang tiba-tiba timbul.mata Fir terasa basah,macam empangan.itu lah manusia yang dia sayang untuk dijadikan teman rapat hingga ke usia tua nya.aku rindu dia sangat tapi aku tak rela untuk menjebak dia ke kancah neraka hanya dengan menjual niat bahawa aku berhasrat untuk memperisterikan dia.aku nak move ke arah kebaikan dan aku pun ingin dia turut serta.untuk kali ni,Fir memang acuh tak acuh apabila membalas pesanan whatapps dari dia.rindu yang disimpan di dada tu biarkan lah hanya disimpan takut hanya nafsu semata.

kepala mendongak ke langit,bulan.cantik sangat bulan.indah.subhanallah.aiskrim yang dibelinya tadi erat dipegang.malam-malam buta aku makan aiskrim ,memang kalau mem besar tahu ,mahu gempa satu rumah.entah apa yang ada dalam benak si pemuda tinggi lampai itu.kakinya hanya terus melangkah sambil sekali sekala kepala mendongak kelangit yang terbentang luas.hanya cahaya bulan menemani pemuda itu menapak ke kawasan yang sunyi dan tiada penyuluh buatan manusia.hanya cahaya bulan.apa nak ditakutkan ,Allah kan ada.tanpa sedar Fir tersenyum sendiri,sungguh rindu lagi dia kepada Maha Pencipta.terasa jauh sekali dirinya dengan Dia sejak masuk bekerja.sibuk bukan alasan tapi memang itu lah yang dirasai Fir.rindu hendak membaca ayat-ayat suci Al-Quran,memang terasa lama sekali dia tidak bersapa dengan mukjizat ter-agung itu.

masa hadapan
walau aku membayangkan 
keindahan
kegembiraan
kejayaan
tapi mungkin
ada yang lebih menakjubkan
tuhan tuliskan
buat dia,aku dan kau

 ***********

headphone dicapai,seperti rutin harian seusai menunaikan solat Isyak memang headphone kesayangan itu lah yang dicari nya .soundtrack favourite memang wajib diputar.minda melayang entah kemana .ada sesuatu menarik perhatian Fir ,buku.sudah lama dia tidak meluahkan rasa hati nya melalui tinta ke buku itu.tiba-tiba timbul rasa ingin menulis sesuatu .


"hai hati ,kenapa kau begitu lemah ? kenapa engkau terlalu menyayangi manusia yang entah siapa.kenapa engkau ambil berat akan sesuatu yang mungkin tak pernah sekali perasan akan kewujudan kau ? kenapa kau bodoh ? engkau sering mengeluarkan kata-kata semangat .tapi semasa kau jatuh mudah nya engkau mengikut kata syaitan jahanam itu.apa yang kau ingat hati ? kenapa dengan engkau ? kau baik-baik sahaja ke dalam tu ? rupa engkau macam mana ? kerana aku merasakan bahawa engkau sudah pun mati dengan dosa. " - HATI 

Konkrit #2
Sunyi


wassalam
030115
2232


Tiada ulasan:

Catat Ulasan