Khamis, 30 November 2017

Peluang

Assalamualaikum 

Hai ! kali ni aku nak bagi pandangan tentang "peluang" or glamour sikit chances.
Sejujurnya , aku selalu jealous tengok orang-orang sekeliling aku dapat peluang yang aku nak juga. Tapi tu lah aku tak dapat peluang yang sama ,kalau tak takkan nak jealous kan.

Peluang yang aku cakap dekat sini adalah peluang yang membawa kita kepada matlamat yang sama gitu. Bila lama2 aku observe ,sebenarnya aku baru perasan tadi ,baru nak bersyukur. Itu yang aku terus terfikir nak semat fikiran aku ni terus dekat sini.

Aku perasan yang setiap orang ,aku, kawan2 aku ,masing-masing dapat peluang yang berbeza untuk capai benda yang sama. Dan input yang kami dapat semua sama cuma cara ja lain-lain dan benda ni yang kita kena bersyukur. Allah bagi or choose that kind of chances or ways yang paling sesuai dengan kita bukan nya randomly picked or semua orang akan lalui benda yang sama untuk menuju matlamat yang sama.  Mesti dah ada yang pening ,biar aku kongsikan apa yang aku alami dan akhirnya dapat buka mata aku yang lama tertutup sampai sempat jealous dengan orang sekeliling.

Kami sebagai pelajar medik memang belajar banyak benda, benda-benda yang boleh dekatkan diri kami dengan Maha Pencipta. Kami masing-masing mempunyai our own 'exotic' way untuk faham everything that has been taught. Aku pun ada. Sejujurnya aku sangat jealous dengan kawan-kawan yang lain yang able untuk faham dan terus ingat apa yang telah kami pelajari. Kalau aku, kena usaha lebh sikit, lagi-lagi bab menghafal. Barang-barang aku pun aku selalu lupa letak mana. Sekarang ni aku asyik mencari USB yang aku simpan, sebab USB yang aku guna sekarang mula buat hal. Kalau aku ada wind lama dah 'accio USB'. 

Aku seorang pelajar yang praktikal. Aku mudah ingat kalau aku didedahkan dengan benda tu dulu dan bila timbul rasa tanda tanya then aku eager untuk cari jawapannya, maka aku akan lebih ingat perkara tu. More to  macam 'buat mistake dulu then ingat terus yang betul' .Okaylah, kita terus jump kepada kisah yang berjaya buka mata aku ni. Hari ni, aku ada appointment dengan pakar hidung,tekak dan telinga. Basically aku undergo those checkup or procedure that we have learnt. Staff hospital pun turut sudi ajar aku dan fahamkan aku dengan keputusan daripada procedure yang aku lalui tu. Waktu tu ni baru rasa 'sedar' tu timbul.

Selama ni, everytime we get case untuk setiap minggu, aku mesti ada salah satu atau simptom yang terdapat dalam case tu. Then macam biasa, kalau kita sakit kita akan try rawat diri sendiri, tak kisah lah telan panadol ke, rehat terbaring atas katil ke, minum air 2L ke, anything untuk buat body rasa sedap. Almost every cases, aku seolah patient dalam cases tu. Aku rasa those things, mentioned in the case. Tapi sekarang aku baru sedar. Bukan takat simptom2 ja, ubat2 yang doktor prescribe dekat aku pun iye, well biasa lah budak medik if dapat ubat mesti rasa ingin tahu tu membuak2, so kita tanya pakcik gugel ja,terus dapat jawapan. Tuptup soalan mengenai ubat tu keluar masa End of Examination. 

Aku start sedar yang Allah bagi aku pendedahan yang sangat direct macam ni untuk tolong aku faham situasi tu sendiri atau faham each step of any procedure yang telah kami belajar hanya through video or just daripada lecture semata. Aku dapat peluang untuk spend masa yang singkat di hospital untuk exposed to those thing yang kami belajar dan basically aku 'belajar' apa yang aku tak faham. Wow ! 


" nikmat apa lagi hendak kau dustakan "



Bila aku sedar ni ,like baru tadi, aku rasa lega dan tenang. Aku boleh fokuskan pemikiran aku dekat aku ja, takde nak fikir pasal member dapat chances yang selama ni aku nak, sedangkan Allah dah bagi dan sentiasa akan bagi chances yang sesuai dengan kita ,akan 100 percent akan bantu kita. Kita cuma perlu sedar dan muhasabah dengan apa yang ada disekeliling kita .


wasalam
301117
2200

Rabu, 22 November 2017

Rentetan

Assalamualaikum

Ini rentetan entry yang sebelum ni .Entry kali ni pun penuh emosi, kalau minat hal2 emosi boleh teruskan baca.

Rentetan kisah aku hilang seorang ayah 

Aku nak taip ni pun berat , aku harap daripada cerita aku ni dapatlah bagi sedikit manfaat. Aku sangat takut apa yang korang akan analyse tentang siapa aku daripada entry yang aku akan ceritakan ni. Serious,ini entry memang penuh emosi dan kalau dibagi skala 1 sampai 10,aku bagi 15.

Bismillah..

Aku belum kongsi perkara ni kepada sesiapa lagi,walaupun orang yang dekat sangat dengan aku,sebab aku tak bersedia waktu tu. Aku tak bersedia sebab aku tak berkesempatan untuk being vulnurable waktu semua nya macam tu. So now i want to share just to let it out amd maybe can help you with something ? 

Malam sebelum kejadian ,ayah keluar sebab ada urusan. Malam tu aku seorang ja, ayah aku insist untuk panggil kezen datang rumah teman aku.Aku cakap "tak payah", sebab aku okay ja .Almost 10 minutes cakap pasal tu je,then ayah kata kalau tak nak pun takpe lah,lagi dia tambah "jaga diri baik2 ". Benda ni normalkan..? bila parent kita pesan jaga diri bila they are not home. Kan ? 

Next day ,aku tergerak nak masak nasi,walau hari tu aku nak attend open house.Aku terfikir nak masak nasi sebab nanti ayah mesti penat bila sampai rumah dan lapar. Jadi aku masak nasi. Kemudian aku fikir, kalau biarkan dia masak lauk apa yang dia nak masak ,time consuming, jadi aku goreng ja ikan 2 ekor. Hmm ikan goreng je gais.

Selepas solat zhur,aku gerak pergi open house.Seronok sangat, sebab dapat jumpa kawan2 sekolah. Dalam jam 2 hingga 3 petang gitu ,ayah ada call,dia tanya aku ada dekat mana since aku lupa bagi tahu malam tu sebab aku ingat ayah akan balik sebelum aku pergi open house,jadi aku just tinggalkan memo atas meja.Mungkin waktu tu ayah belum masuk rumah,just dari luar panggil aku tak nyahut mungkin. Ini adalah buat kali terakhir aku dengar suara ayah. Takde cakap apa2 pun kan .

Aku sampai rumah hampir jam 6,waktu ni belum solat asar. Jadi bila aku dah sampai rumah nanti memang kena rushing untuk solat. And then, sampai depan rumah, masuk macam biasa .Ayah tengah duduk dekat kerusi yang dia selalu duduk. Tapi position duduk nya aneh. Aku panggil, "ayah ..? ayah" berulang kali. Aku menghampiri ayah aku, sambil sebut "ayah..ayah..". Waktu aku sentuh tangan ayah aku, aku terkejut sebab dah takde haba dari tangan ayah, sejuk.

Aku panik, aku panggil jiran sebelah minta tolong tengokkan. Waktu ni aku tak dapat nak brain apa yang jadi sebenarnya. Aku call ambulan, pengawai nya kata "buat tekanan dada". Aku tak faham apa dia suruh aku buat sebenarnya. Bodoh nya aku waktu tu, aku tak layak nak gelarkan diri aku dengan title "pelajar medik" sebab basic CPR pun aku tak tahu. Suara kecil aku cakap "takpe,kau baru habis yr1 memang wajar taktahu first aid macam CPR" .And another suara kecil cakap "I just lost my very first patient". 






...after i performed salah asr, i went to the kitchen ,there is dishes in the sink and one missing fried fish on a plate.
Al-fatihah.. 

wasalam
221117
1112

Selasa, 14 November 2017

Tahun ke-2

Assalamualaikum 



Its been awhile since i posted the last entry kan.Well im having a really long holiday which took 2 months where a lots of things happened . 

Sekarang aku dah tahun kedua dan tak sabar-sabar untuk masuk tahun ketiga *tak sedar diri baru dua bulan sebagai tahun kedua ada hati nak fikir pasal tahun ketiga. The feelings is near yet so far .

Today im going to write according to what i want to and there is no specific topic so if you dont want to proceed to read this its okay ,see ya in the next entry then hihi.

As i mentioned ,the 2 months break really change me into different person with new perspective and goals perhap. In the first 2 weeks of Raya Puasa i lost my father. The last things he said to me is "jaga diri baik baik,jangan sorang" at the night before he go. He was completely okay that night but somehow in the next evening god decided to take him in sudden.

Thus i have my mother only. You know its quiet devastating when i started to realise i have nobody to rely on during that time . Yea ,im the only child . I stayed at my aunt's house for 2 weeks and then spent another 2 weeks at my step brother's house . I feel so alien during that time .What i know is ,i want my mom . Basically my mom is staying oversea so after a long duration of 4 weeks spending time at their houses i rushed to meet my mom and stay with her for a month. 

At this moment i do cherished my mom to the level that i afraid if she does not wake up in the next morning. Everytime i finished performing salah during fajr i always waiting for her to knock my door to check wether i already performed salah. And there was one time i started to panicking why she does not knocking my door . Alhamdulillah it just me being paranoid .

For a month i started to learn becoming a real independent person where my mom and my sister keep mentioning about "bila dah kerja" or "bila dah kahwin" thingy. Then i realised ,i already old ,old enough to ready myself to live on my own and i started to realised too ,im not that into "living alone" .

It makes me realised on many things . It makes me want to study harder , be nicer , always wise in making decision and do not spend too much on perkara sia-sia. Also,i started to behave differently toward my beloved ,because times is always ticking . Every seconds that goes by is really mattered with whom we spent with or what we already did. Times becoming golden to me because i cannot turn back times or teleporting here and there . Times is blessing from God that we need to appreciate . The little things always count , do spend it wisely becaue we will go back to the past searching for good memories .


wasalam
141117
1228 

Ahad, 4 Jun 2017

Kenali DIABETES MELLITUS

Assalamualaikum .


I'll go formal for this entry ..

Saya agak berfikir panjang juga,macam mana saya nak menjelaskan serba sedikit mengenai Diabetes Mellitus dalam kata yang mudah ringkas dan senang difahami.

Saya ingin menegaskan ,apa2 yang tulis untuk kali ini adalah berdasarkan dapatan daripada apa yang saya belajar di kelas.Jadi saya berharap pembaca merujuk tentang hal ini kembali kepada yang lebih arif iaitu Doktor .

Saya cuba untuk menulis seringkasnya dan 'simple'.

Bismillah ...

*****

Diabetes Mellitus .

Diabetes menurut google,dari kata GREEK ia bermaksud siphon ,kerana mereka yang mempunyai diabetes menghasilkan air kencing yang banyak dan sering membuang air kecil ; polyuria 

Mellitus menurut google,dari kata GREEK ia bermaksud sesuatu yang manis ,sebagai contoh madu ,kerana air kencing pesakit diabetes mellitus mempunyai 'rasa manis'.

Selesai dengan maksud.

Diabete Mellitus ada dua jenis .

  •  Diabetes Mellitus jenis 1 
  •  Diabetes Mellitus jenis 2






Untuk entry kali ini saya akan fokus pada Diabetes Mellitus jenis 1 dahulu.

Diabetes Mellitus jenis 1 
  •  Autoimmune Disease ; badan menghasilkan antibodi yang menyerang sel tubuh yang normal dan akhirnya membawa kepada kemudaratan kepada tubuh. 

Saya akan terangkan serba sedikit mengenai fungsi normal tubuh kita supaya nampak agak jelas dan mudah bagi pembaca untuk mengaitkannya .

Badan kita bertugas untuk memastikan semua perkara dalam tubuh dalam lingkungan yang normal ; sebagai contoh gula ,garam dan sebagainya .

Kita mempunyai organ yang bernama Pancreas 









jujur saya katakan saya sendiri tidak tahu pancreas dalam bahasa melayu apa ,jadi di sini pembaca boleh lihat ,di mana pancreas selalu dikaitkan dengan bentuk daun kerana bentuknya yang seakan akan daun


Apabila kita mengambil gula ,gula tersebut akan diserap masuk kedalam darah, di perut dan usus.Katakan lah,gula yang dimakan tadi agak tinggi jadi 'gula dalam darah' juga akan meningkat.

Tubuh kita tidak akan membiarkan perkara ini berterusan, jadi pancreas bertugas untuk menghasilkan hormon INSULIN bagi merendahkan 'gula dalam darah'.

fungsi INSULIN 

' merendahkan tahap gula dalam darah dengan cara membenarkan gula memasuki sel-sel tubuh untuk digunakan bagi proses penghasilan tenaga atau pun untuk disimpan '  


Saya akan kembali kepada Diabetes Mellitus .
Pesakit Diabetes Mellitus jenis 1,tubuh mereka menghasilkan antibodi yang asalnya untuk menghalang jangkitan, telah menyerang sel normal pancreas, yang bertugas dalam penghasilan insulin. 

Kebiasaannya ,pesakit akan mulai mengalami simptom, setelah sel pancreas gagal menghasilkan tahap insulin yang mencukupi, bagi 'menguruskan/menangani'  tahap gula dalam darah yang sangat tinggi.

Walaupun darah mempunyai tahap gula yang tinggi,sel tubuh tidak dapat menggunakan gula tersebut dengan ketiadaan insulin kerana tugas insulin... ' merendahkan tahap gula dalam darah dengan cara membenarkan gula memasuki sel-sel tubuh untuk digunakan.....'  

Dengan ketiadaan insulin,maka sel tubuh tidak dapat menggunakan gula untuk menghasilkan tenaga, maka seterusnya menyebabkan sel tubuh kekurangan bekalan, dalam penghasilan tenaga.TETAPI tubuh kita sentiasa mempunyai backup plan,tubuh akan mula menggunakan lemak (Fatty acid) sebagai bekalan dalam penghasilan tenaga.

Maka...

Lemak akan menjalani beberapa proses yang akan menghasilkan ketone bodies dan ketone bodies ini, apabila terlalu banyak, boleh membawa kepada pelbagai komplikasi yang serius dan boleh membawa maut.  




Jadi di sini saya ingin menegaskan betapa pentingnya peranan Insulin bagi pesakit Diabetes Mellitus jenis 1 .Saya berharap para pembaca tidak hanya bergantung pada penulisan saya ini kerana ingin saya tegas kembali,entry ini adalah ringkasan daripada apa yang saya dapa ringkaskan setelah mempelajari mengenai penyakit ini, di dalam KULIAH DAN SAYA BUKAN DI POSISI YANG LAYAK UNTUK MEMBUAT KATA PUTUS .Jadi saya menyeru para pembaca membuat lebih banyak lagi pembacaan mengenai penyakit ini.


pembaca juga boleh juga menonton vid ini,jika pembaca ingin tahu dengan lebih teliti .

 





 Sampai di sini sahaja ,mungkin untuk Diabetes Mellitus jenis 2, saya akan post pada masa akan datang ,inshaAllah.Saya harap entry saya pada kali ini dapat serba sedikit memberi pendedahan kepada pembaca dan jika ada di antara pembaca adalah daripada kalangan yang lebih arif ,saya mengalu-alukan anda untuk membuat komen di bawah .

****** 



wasalam
040617
1942
















Ahad, 21 Mei 2017

Realiti

Assalamualaikum

Bersedia untuk entry yang penuh beremosi.




Dalam kehidupan seharian yang dikelilingi ramai kelibat ni kadang suatu setting yang bagus untuk menutupi realiti yang sepi.Alhamdulillah aku sekarang berada dalam Block 5,insyaAllah yang pertama dan yang terakhir dan tak sabar nak bertemu dengan Block 6 : Nervous System sebab aku ada lah pegang angan-angan nak jadi pakar bedah otak.Aku sedar ada sedikit perubahan yang berlaku pada diri aku dalam masa beberapa minggu ni.Fakta yang Aidilfitri yang menjelang amatlah menyayatkan hati.Buat pertama kali nya ,sambutan Aidilfitri tanpa kedua Ibu Bapa di sisi.Eh,jangan salah anggap pula,mereka ada lagi cuma tu lah perbezaan tempat yang menghalang .InsyaAllah 1 syawal akan beraya dengan Ayah dan mungkin kemudian tahun depan dengan Mak ? Oho fikir mengenai nak balik mana dan nak raya dengan siapa pun aku dah malas.Aku fikir kalau tak dapat nak raya dengan dua-dua ,kalau aku diberi peluang biarlah aku raya seorang diri ja dekat Sarawak ni.Tapi tu lah nak menetap dekat mana pula.Kolej pun bukan ada orang ,kalau budak nurse pun tengah posting,mana nak nampak muka en.Oh sejak hari hari nya mula aku fikr pasal nak balik raya ni,habit dan perangai aku menjadi-jadi.Aku marathon drama tu bukan main lagi tak ingat diri dan kalau tak marathon pun,pergi lah dengar talk mana-mana.Aku makin senang marah orang,aku jadi cepat penat dan tak dapat fokus untuk belajar.Kalau dahulu belajar la escapism aku daripada mainan emosi macam ni.Tapi nampak nya dah tak berkesan then i choose to sleep a lot or do something yang sia-sia dan buang masa,okay lah mungkin bab dengar talk tu manfaat la kan.Entry kali ni memang sesi luahan yang tak inginkan sebarang respon daripada pembaca sama ada daripada sekitar realiti atau pun daripada dunia maya.Ini hanya sesi luahan secara waras untuk aku kenang pada waktu akan datang,nanti waktu aku dah berjaya dan bahagia dengan kehidupan aku atau waktu aku sedang diuji.Aku percaya belajar daripada perkara yang lepas,adalah perkara paling berkesan untuk handle sebarang distraction dalam kehidupan dan sometimes distraction makes me feel alive but sometimes trigger my cute dragon inside.So,alang-alang sesi luahan aku nak cerita lah aku baru ja hilang botol air tapi basically tertinggal dan tertinggal ditempat yang kau takkan dapat balik dan ini kali kedua .Aku give up dah nak beli botol air ,plis sesiapa hadiahkan kalau hilang takde lah aku frust sangat bhaha.Okay thats all ,thank you for reading this kind of rubbish.


Wish me and my friends luck for upcoming quiz ;)


wasalam
210517
1945

Ahad, 2 April 2017

Medik

Assalamualaikum and hi peeps





Entry kali ni aku akan bahasa kan diri aku as I ,sebab entry kali ni sasarannya adalah adik2 so hai adik2. (okay poyo sangat)


I akan share tips interview dan cara membuat keputusan yang betul untuk decide yes for medic and no for medic.Basically all these based on IPTA ,syarat kemasukan dan korang boleh check on every universiti awam yang tawarkan kos perubatan Ok!

I start with permohonan dulu.

Bila korang yakin perubatan adalah passion yang korang cari-cari selama ni korang kena pastikan 3 subjek sains iaitu Biologi ,Kimia dan Fizik at least B untuk SPM (WAJIB). This one untuk spm candidates.Selain tiga subjek core ni ,subjek-subjek lain jangan ada C,
JANGAN !(PRECAUTION).



why why why ? bukan ke nak masuk perubatan ni,kelayakan berdasarkan pencapaian asasi or matrik dulu etc ? 

Memang begitu syaratnya,sayang nanti kalau kamu (formal jap) bersungguh waktu asasi atau matrik etc dapat pointer bagus tapi kamu tak lepas IV Medik sebab keputusan SPM kamu yang dulu tu.Jadi keputusan SPM memang memainkan peranan yang penting,kalau kamu tak cukup syarat untuk keputusan SPM,kamu boleh consider kos-kos lain yang ditawarkan.In my experiences as a student in foundation,I have friends yang perform both semester tapi hasrat nak sambung medik tak tercapai sebab sangkut dekat SPM,jadi untuk SPM leavers,decision yang korang kena buat bermula daripada hari korang terima result SPM,benda ni penting sebab banyak yang terlepas pandang.So be wise.




*****







settle with keputusan SPM dan tahniah kepada yang lepas syarat2 bagi keputusan SPM .


Now we move to asasi,matrik dan setaraf ..

Memandangkan,zaman kita sekarang ni semua nya pandai belaka,maka kamu semua kena usaha pointer 4 rata (untuk lepasan matrik atau asasi universiti A tapi nak deg medic dekat universiti B).Mungkin ada sesetengah universiti dah reserved kuota untuk pelajar asasi mereka sendiri, jadi if you are lucky,kamu boleh masuk w/o 4 rata.Tapi kalau satu batch kamu tu,kebanyakkannya budak2 pointer 3.5 keatas,kamu kena lebih lagi daripada mereka untuk put yourself dalam zone selamat untuk tersenerai dalam Shortlist IV Medic.

Tips ? 

belajar daripada awal,setiap hari pastikan ada period yang korang belajar dan boleh recall before tidur without looking at your notes ,do it everyday .Paling utama niat belajar kena betul,I believe this thing dah berkali-kali orang sekeliling tekankan,well yes it is important.Niat yang betul adalah niat yang akan mendekatkan kita dengan tuhan.Tapi nanti jangan pula putus asa dengan hidup,bila korang tak dapat IV Medik,IV Medik tu hanya salah satu ujian yang tuhan nak berikan pada kita.Jangan bila tak dapat, marah dengan tuhan,makin jauh dengan tuhan,tak baik tau.He knows better then us,our future awaits and its gonna be a good one,believe in yourself and God (Allah).

Allah akan berikan sesuatu menurut pra sangka hamba Nya.

So be positive !!! Maybe Im not the right person untuk bercakap soal hati dan perasaan "Tak dapat Medik",but believe in yourself there is something awesome waiting for you in future.



 *****





Ok setakat ni ? Tahniah for those lepas syarat kedua yeayy ! 
Oh yea ,tentang MUET,usaha untuk dapat Band 5 sebab aku tengok budak-budak sekarang petah bercakap Bahasa Inggeris,Bahasa Inggeris aku pun ke laut hehe.And I think Im not the right person untuk bagi tips tentang MUET,sorry guys.

Now lets talk about Medic Interview !

Kita mulakan dengan benda-benda simple dulu okay.




Penampilan

1. Formal (jubah tak formal); kemeja,tie,slack,blazer if u have
2. Jangan pakai baju macam nak pergi kenduri meriahnya especially girls
3. Jangan pakai accessory (PRECAUTION)
4. Bagi yang dye rambut,dye hitam balik alright.
5. Rambut kemas,tak mahu panjang sangat macam peraturan zaman sekolah dulu,tak menyentuh kolar baju (RECALL tak pun tanya adik2 yang masih bersekolah to be sure) 
6. Bagi yang choose untuk pakai skirt during interview pastikan bawah lutut (LESS SKIN EXPOSED IS ADVISED)
7. Baju yang tidak ketat dan tidak oversize,perfectly fit and perfectly loose
8. Kasut bertutup dan HITAM (JANGAN PAKAI KASUT LABUCI2 EH)
9. KEMAS (Make sure you look good and comfort)




BAHASA TUBUH and DO's and DON'T 's

1. Ketuk pintu ,buka sikit pintunya dan masukkan kepala sikit dan tanya "May I come in?" 

2. Duduk bila disuruh duduk,kalau interviewer tak ajak duduk korang tanya "May I have a sit ?"

3. Duduk tegak ,SENYUM tapi jangan senyum macam psychopath pula bhaha

4. Jangan letak tangan atas meja 

5. Jangan pandai-pandai letak resume korang atas meja eh,peluk ja resume nya,bila di diminta baru letak dan bagi.

6. Bagi resume dengan dua2 belah tangan (to show respect)

7. Jangan goyang2 kan kerusi (well I did this during interview and I think Im lucky that I get accepted)

8. Gunakan bahasa yang universiti telah ditetapkan,tak silap ada universiti yang guna Bahasa Melayu .Just prepare both languages ok buddies

9. Jangan,tangan nya tu banyak gerak ,our limit is between your shoulders and dua jengkal dari badan anterior view.

10. Be casual and polite and mesra alam sikit okay 

Okay done dengan penampilan dan tata tertib ,these are important untuk pastikan kita dapat good first impression.Satu lagi nasihat jangan lupa untuk be yourself.




Kita move to questions that might be ask and the correct way to answer


1. Do you have your breakfast ?

Kalau belum cakap belum kalau sudah cakap sudah.KENAPA ? they can tell if you lie,so my advise makan dulu okay.SEBAB APA ? kalau jawapan kamu belum,nanti interviewer boleh backfire balik dengan soalan "Don't you think breakfast is a crucial thing" mati la nak 

so tips jawapan adalah ELAKKAN JAWAPAN YANG BOLEH BACKFIRE okay,tapi kalau dah kena backfire tu relax dan jawab ja sejujur yang boleh dan munasabah


2. Introduce yourself 

Ni korang bagitahu nama,asal dan highest qualification (paling latest) 

3. Soalan cliche ,interviewer akan tanya family background .Biasanya mereka nak tahu,ada tak family members korang dalam medical field.

4. Then kalau korang tak active sport atau benda2 lain selain akademik waktu sekolah ,probably dia akan tanya macam aku dulu sebab you know sometimes our resume can kill us bhahah.

jawab ja,kenapa.Macam aku ,i have my own reason which is TB .Dan ini tips untuk yang ada reason yang macam aku ni,pastikan korang study mengenai panyakit tu sendiri okay.Basically just prepare jawapan kepada jawapan korang tu 

cth korang jawab : cepat penat

nanti mesti ada yang tanya kenapa ?

dan mungkin berlarutan soalan kenapa dan kenapa.So sediakan jawapan untuk setiap kenapa.I know its hard ,ive been through it .

5.Why do you choose medic or doctor ?

Ini adalah ibu soalan kepada semua soalan.Jawapan korang sangat memain peranan untuk mereka judge,korang sesuai ke tak dengan medik ni.Jadi korang kena tanya diri korang balik kenapa kau nak jadi Doctor and korang boleh cari satu idola and remember his name sebab maybe the interviewer will ask and as usual prepare untuk jawapan WHY

Jawapan cliche:  I want to help people and improve their quality of life.

ini cliche sangat,mungkin kawan2 korang yang IV hari tu jawab benda yang sama.Jadi kenal diri korang betul-betul.

Like me ,I cerita my experience as a patient dan how I feel about it dan macam mana aku terinspirasi untuk terlibat dalam bidang perubatan ni.So go study YOURSElF .

Dan untuk jawapan cliche tu,interviewer boleh tanya,kenapa tak jadi Nurse je,boleh jugak tolong orang,tak pun social workers ke,any jobs in this world yang help people.So prepare.

Biasa interviewer akan tanya pencapaian korang ,jadi korang cerita lah daripada sekolah rendah sampai waktu tu 

6. Then lepas korang bebel panjang mengenai kenapa saya nak jadi doktor,nanti akan ada soalan macam "Apa yang kamu akan buat untuk prepare yourself as a doctor/medical student"

Jawapan cliche : belajar rajin2 

Jawapan tak cliche : get fit physical and mentally then korang nyatakan lah how korang nak achieve FIT tu dan WHY

sebab apa jawapan belajar rajin2 tu cliche sebab,soalan dia sendiri dah nyatakan "...PREPARE YOURSELF AS A .." assume korang dah memang dapat,so korang jawab jawapan2 yang tak cliche yang korang rasa patut korang buat.

7. Jangan terkejut, kalau interviewer yang seorang lagi tiba2 potong/menyampuk waktu korang tengah bagi jawapan panjang lebar untuk previous question (this thing happened to me..)

soalan "How are you going to release your stress" because previous question i answered "being a medical student has lot to cope bla bla its hard and heavy.."

Korang jawab ja ,sebab I think ini adalah trick untuk kesan sama ada jawapan-jawapan you,before this datang daripada lubuk hati atau tipuan semata. 

8. Then PBL or KBAT punya soalan 

"How are you going to handle and tell your patient family members,that your patient is died on operating theater?"

"How are you going to explain sth sth to your patient to agree with the procedure you suggest them to as your patient influenced with mitos out there..?" 

and etc kind of questions that need to show korang punya attitude,judgement,words,behavior,emotions,rationality etc because they need a human not a robot.

9. "Is there anything you want to ask ?"

Haa waktu ni kau tanya la apa kau nak,tapi jangan tanya "saya dapat tak" 

jawapan cliche : How can I improve myself 

aku dulu tanya : What subject should I focus if I want to be a neurosurgery

and our beloved dean answer with his kind hearted ,tapi interviewer satu lagi cakap dekat sebelah atau bermonolog gitu "Huh kalau medik semua kena score" .....angin tiup sepoi sepoi bhahah time tu aku pusingkan kepala pandang dean ja,sebab aura interviewer lagi satu tu macam nak makan orang je hehehe .


Then jangan lupa say thank you ,bila buka pintu tu nak kasi tutup balik,tutup pelan2 jangan kasi bunyi okay.



Untuk tambahan,before interview korang practice dengan jawapan2 yang korang dah karang dan jangan lupa study fakulti perubatan punya organisasi ,macam dekan ,timbalan dekan etc ..benda2 ni korang boleh search dekat laman web fakulti universiti tu dan semampu boleh ingat sekali muka nya cuz i mistaken their name waktu tu HAHAHAHAH malu bhai and forgot to mention that don't play God in your answers ,cth ; Saya yakin Allah tetapkan saya dapat Medik untuk sth sth sth .




********

I think thats all,kalau korang nak tahu gambaran belajar sebagai student medik korang boleh baca this ,click this tu hah.And let me know if you want to know more,you can ask me down here at the comment section or DM me on twitter .

So good luck from me to all future doctors and remember being a doctor isn't about rich,money,popularity but passion,sacrifices everything you have to safe others .Oh yea kalau nak kaya,doktor tak kaya pun hehe.




p/s: Im sorry If i little bit late to write this entry..


wasalam
020417 
0105 



 

Ahad, 26 Mac 2017

Home

Assalamualaikum

According to the title i should write about "Home" right ...

Nak dijadikan cerita sebelum nak meneruskan hajat entry pada kali ini,terdetik nak buka inbox comments since entry before this acah sesi soal jawab.Alhamdulillah tak ramai sangat pun la,ada la seorang *angin bertiup sepoi sepoi*.Mungkin sebab blog ni takda reader banyak ngat atau semua rela identiti ku kekal rahsia macam budak mato ,kah.Sekali ada homework daripada reader.

So I'll pour my thoughts about home along the way I try to answer those questions from Bro Muteq.I'll brief a little bit about this "answering questions" ,well Bro Muteq yang setia mendampingi blog ni menganugerahkan blog ini an award ! *tepuk gemuruh sikit*.Peraturannya adalah 

 Rules:

1) Thank the person(s) who nominated you in a blog post and link back to their blog.
2) Answer the 11 questions sent by the person who nominated you.
3) Nominate 11 new blogs to receive the award and write them 11 new questions.
4) List the rules and display the Sunshine Blogger Award logo on your post and/or on your blog



Tetapi kali ini I'll use "rules made to be broken" quote.Mungkin ada yang tanya kenapa ,yang pasti Bro Muteq la kan since dia lah orang pertama yang baca entry kali ni (smirk emoji inserted).

1.My favourite blog that i keep jengah-ii,are non public blog.So rahsia shhhh.

2.I don't follow a long list of blog,eventhough yes I am if according to Google+ ,tapi percaya lah I barely open them.

cukup la dua .Okay now I'll be proceed to answer the questions given to me.


Pernah buat nakal kat sekolah tak? Korang buat apa?

Alhamdulillah setakat memori yang ingat lupa ,saya baik orang nya.Huhu.Kalau ada pun acah homework siap tapi sebenarnya tak siap tapi akhir nya siap.Haaa ,pening ko.

Situasi nya bila time tu kelas Chemist,masuk2 lab dengan homework tak buat apa,memang bersih sesuci safi.Cikgu biasanya akan round dari belakang ke depan,tengok sorang2 punya modul.Walau aku species homework tak siap,aku tetap suka duduk depan.Jadi sepanjang cikgu nya round dari belakang ke depan,maka detik2 terakhir yang tersisa tu la yang digunakan untuk siapkan.Kalau sempat bahagia,kalau tak sempat ada habuan juga...se-cubit sesedap rasa. 


Pernah buat mak korang menangis/marah tak? Apa jadi lepas tu?

Ada,masa ni waktu form 3 waktu nak raya rasa nya.Okay that time I was diagnose that I have TB.Kalau tak tahu apa itu TB ,meh kita share sat na.

Tuberculosis .

TB ada banyak jenis,ada TB tulang,ada TB otak and etc.
Tapi TB yang aku kena ni ,jangkitan TB yang attack paru2 dulu ;boleh spread.Kalau ikut buku,Robbins and Cotran Pathologic Basis of Disease,apa yang aku faham,bakteria yang terlibat adalah genus mycobacterium.



These signs and symptoms that i have.Tengok dalam gambar atas ni nampak biasa2 ja,tapi Tuhan ja tahu.

Nak dijadikan cerita,mak waktu tu suruh makan kut,then i refused.Pagi raya,mak kejut bangun,me dengan rasa penat nya tak larat bangun.So mak nangih.Apa jadi lepas tu adalah,i do nothing..
Rasa macam drama melayu ngat,uhm hehe.Sekarang anak mak dah sihat dah Alhamdulillah,dah sampai ober de sea lagi bhahah.


Apa cita-cita waktu kecik? Masih sama?

Cita-cita,I have a long list.Tapi yang melekat sampai sekarang adalah Doktor walau tak bersungguh nak ,sebab niat asal nak Pharmacist,tapi yuhaiae tak nak ambil kita,nak buat macam mana.Tapi,bersyukur Alhamdulillah tak jadi budak2 pharmacist,siksa nak menghafal ubat2.Jadi budak2 doktor pun semput nak hafal antibiotic JA lagi nak hafal a long list of medicine dengan side effect,mechanism of action,untuk sakit apa semua.SYUKUR 

please doakan saia graduate on time ,dapat housemanship cepat so kahwin pun cepat,eh.

Nanti dah besar nak stay mana?

Ni soalan paling susah antara 4 soalan ter atas.Stay dekat hati kesayangan ja la buat masa ni.

Buku apa yang paling best pernah baca?

Banyak sangat,tapi yang paling latest yang currently reading on it ,adalah Men are from Mars,Women are from Venus.Oh,yea ada juga rasa menyesal baca sebab "You cannot feel hurt when You know pyschology too much".Basically,disebabkan buku ni Im being considerate,konon applying knowlegde daripada buku tu.Walaupun baru sampai m/s 47 daripada 307 pages.This book had change how I live my life already. Recommended book.I bought this book with only RM 20 exc postage daripada instashop buku_buku_effi.You guys can directly message the owner ,and request what book you are looking for,settle.

Lagu paling best?

Current favourite song ,Memories by Shawn Mendes // Starlight Parade by Sekai No Owari .Sila la dengar,penat mention.

Movie paling best? (Nampak tak aku malas nak buat soalan baru? Haha.)

Last movie tengok semalam,The Liar and His Lover (Japanese Movie).Tak habis lagi pun tengok,sebab kalau tengok movie sorang2 dekat lappy ni hanya untuk take a break so dalam 20 minutes,so basically ,50+ minutes left for me to watch. Total 1 hour and 56 minutes 54 seconds.Nak tengok ? tapi tak tahu dekat mana ? dekat kissasian atau any other website.Sebenarnya i love to watch from dramanice.io tapi sekarang macam ada problem ...ja

Apa harapan untuk Malaysia pada masa akan datang?

Harapan aku sebagai generasi Y ,amat berharap generasi Z dan seterusnya dan generasi sebelum2 nya,mulakan hidup dengan aura positif sedikit,sikit pun jadi lah.Lately,banyak betul jumpa "Ni la melayu" dan semakna dengannya.Malaysia akan berubah dengan usaha daripada setiap penghuninya."Sama2 la mengajak ke arah kebaikan" instead of #Donedakwah dan sesi kecam mengecam dengan alasan ber-opini.

Kalau mati nanti nak tinggalkan apa?

Nak tinggalkan manfaat yang sebnayak yang boleh,what kind of manfaat aku pun tak tahu sebab biasa nya manfaat yang kita tinggalkan invisible dan tak sedar pun,semoga memandu yang lain ke arah kebaikan gitu. 

Nak buat apa dalam hidup ni?

I want to live my life to the fullest . 

Nak mati macam mana?

Orang kata,kita boleh dah agak cara kita mati macam mana dengan tengok rutin harian.Nak mati dengan tenang dengan bekalan pahala berguni-guni buat tiket masuk syurga.Kubur Suite satu !


Okay done .




Now I'll end this entry with my Home

Home
Is it everyone has a home to go to ?\
what definition of Home ?

According to Oxford Student's Dictionary Second Edition

Home1 ; the place where you live or where you feel you belong.

Is it true,a little boy with lack of love from his mother will start to hate women ?
Is it true,a little girl with lack of love from her father will start to find a man that can give her the love just like how she thought she deserved it . ?

Why everybody would like to go Home ?
While there is someone who doesn't want to go Home

Because the only Home he feels is the time he spent with his God. 


wassalam
260317
1020

p/s : im not tagging/mentioning any blog to give an award to bhahaha