Rabu, 22 November 2017

Rentetan

Assalamualaikum

Ini rentetan entry yang sebelum ni .Entry kali ni pun penuh emosi, kalau minat hal2 emosi boleh teruskan baca.

Rentetan kisah aku hilang seorang ayah 

Aku nak taip ni pun berat , aku harap daripada cerita aku ni dapatlah bagi sedikit manfaat. Aku sangat takut apa yang korang akan analyse tentang siapa aku daripada entry yang aku akan ceritakan ni. Serious,ini entry memang penuh emosi dan kalau dibagi skala 1 sampai 10,aku bagi 15.

Bismillah..

Aku belum kongsi perkara ni kepada sesiapa lagi,walaupun orang yang dekat sangat dengan aku,sebab aku tak bersedia waktu tu. Aku tak bersedia sebab aku tak berkesempatan untuk being vulnurable waktu semua nya macam tu. So now i want to share just to let it out amd maybe can help you with something ? 

Malam sebelum kejadian ,ayah keluar sebab ada urusan. Malam tu aku seorang ja, ayah aku insist untuk panggil kezen datang rumah teman aku.Aku cakap "tak payah", sebab aku okay ja .Almost 10 minutes cakap pasal tu je,then ayah kata kalau tak nak pun takpe lah,lagi dia tambah "jaga diri baik2 ". Benda ni normalkan..? bila parent kita pesan jaga diri bila they are not home. Kan ? 

Next day ,aku tergerak nak masak nasi,walau hari tu aku nak attend open house.Aku terfikir nak masak nasi sebab nanti ayah mesti penat bila sampai rumah dan lapar. Jadi aku masak nasi. Kemudian aku fikir, kalau biarkan dia masak lauk apa yang dia nak masak ,time consuming, jadi aku goreng ja ikan 2 ekor. Hmm ikan goreng je gais.

Selepas solat zhur,aku gerak pergi open house.Seronok sangat, sebab dapat jumpa kawan2 sekolah. Dalam jam 2 hingga 3 petang gitu ,ayah ada call,dia tanya aku ada dekat mana since aku lupa bagi tahu malam tu sebab aku ingat ayah akan balik sebelum aku pergi open house,jadi aku just tinggalkan memo atas meja.Mungkin waktu tu ayah belum masuk rumah,just dari luar panggil aku tak nyahut mungkin. Ini adalah buat kali terakhir aku dengar suara ayah. Takde cakap apa2 pun kan .

Aku sampai rumah hampir jam 6,waktu ni belum solat asar. Jadi bila aku dah sampai rumah nanti memang kena rushing untuk solat. And then, sampai depan rumah, masuk macam biasa .Ayah tengah duduk dekat kerusi yang dia selalu duduk. Tapi position duduk nya aneh. Aku panggil, "ayah ..? ayah" berulang kali. Aku menghampiri ayah aku, sambil sebut "ayah..ayah..". Waktu aku sentuh tangan ayah aku, aku terkejut sebab dah takde haba dari tangan ayah, sejuk.

Aku panik, aku panggil jiran sebelah minta tolong tengokkan. Waktu ni aku tak dapat nak brain apa yang jadi sebenarnya. Aku call ambulan, pengawai nya kata "buat tekanan dada". Aku tak faham apa dia suruh aku buat sebenarnya. Bodoh nya aku waktu tu, aku tak layak nak gelarkan diri aku dengan title "pelajar medik" sebab basic CPR pun aku tak tahu. Suara kecil aku cakap "takpe,kau baru habis yr1 memang wajar taktahu first aid macam CPR" .And another suara kecil cakap "I just lost my very first patient". 






...after i performed salah asr, i went to the kitchen ,there is dishes in the sink and one missing fried fish on a plate.
Al-fatihah.. 

wasalam
221117
1112

3 ulasan:

  1. Opiiii T_T

    Innalillahiwainnailaihirojiun.

    Abang tak pernah hadapi macam apa yang Opi hadap. Akak abang je yang Allah beri kesempatan dan kekuatan nak hadap benda tu. Mak abang, meninggal dekat tangan dia. Abang sulung abang pulak, meninggal dekat depan dia jugak, waktu muntah darah 4 liter. Jadi abang tak boleh nak brain apa perasaannya waktu kita hadap keadaan yang macam tu.

    Abang cuma dapat berita daripada telefon, tu saja.

    Dan last bercakap tu dalam seminggu dua.

    Moga ayah Opi, ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

    Kuat Opi ae. Huhu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih abg muteq , bila di sebut "diberi peluang" ni ,dapat sikit view kan betapa Allah "jaga" setiap perjalanan hidup hambanya tu by giving experiences yang setiap satu nya tu lain2 ,special . Mungkin abg muteq tak pernah experience the exact musibah, tapi mesti abg muteq pernah rasa kesedihan yang semua pernah rasa ,cuma beza nya adalah jalan cerita . Terima kasih abg muteq ,maaf tak maklumkan berita ni cepat2 😊

      Padam
    2. Tak apa. Abang faham je. Lain orang, lain masanya ready nak bagitau. Betul la tu. Perjalanan hidup kita ni Allah rancang bertepatan dengan keadaan diri kita. Moga terus kuat Opi ae.

      Padam