Sabtu, 22 Ogos 2015

Sesuatu






Assalamualaikum 

Aku ni manusia biasa yang punya banyak rasa.Manusia lain juga.Bila wujud satu masa tu kita akan rasa sedih yang tiba2 atau sebak deep down inside.Saat itu juga memori lepas dimainkan dengan automatik dalam minda player ,peh nama.Masa ni juga lah segala benda2 buruk atau cliche nya memori pahit.Yang paling disaster bila kita sedar dalam banyak2 memori pahit tu ,ada lagi rupa nya yang masih kekal menjadi memori pahit yang berkembang seolah tiada penyelesaian .

So kali ni sesssion ranting ..

Tapi walau kita tahu betapa pahit nya benda itu,memori itu ..
Kita hanya mampu melihat dari jauh,malas dan rimas untuk get involved.Makin lama jadi ignorant bukan hanya pada benda2 yang pahit tapi benda2 yang tawar,payau,manis,masin semua terabaikan juga daripada pandangan hati.Misalnya kerana setitik nila,rosak susu sebelaga a.k.a spoiler.Spoiler nya adalah si pahit.Maka di sini amat diperlukan aura positives but kita malas nak ambil tahu sebab rasa bagai tiada harapan yang susu berwarna biru berubah menjadi putih kembali.Its more to harapan yang sia-sia.

The fact benda yang pahit adalah benda yang akan sentiasa berada dengan diri kita,means kita memang tak boleh lari melainkan si pahit blah.Tapi mengikut statistik dan pengiraan yang telah di bayang kan ,sia-sia.

But deep down theres stil.... this litte thing that i really want to happen.I want all of this pahit thing reset and never happened.I wish i could resist this thing from happened but that time ive no shell to protect me and i feel alone that time ,its like nobody sees me in that kind situation dan logiknya orang takkan terfikir .Im afraid to tell someone because its good by this way,not telling anyone and try to forget it but its doesnt sounds like a good plan.Sebabnya,im still living in the pahit memori and wait it isnt a memory at all its life journey that sometimes kick me down on the ground..

A human being please to be happy so am i.The state where i am at really affect me about how my future is.Im afraid with my own future as bad as you cant even imagine.The pahit like the black hollow that will suck everything from your eyes.At some point i keep wondering why this happened to me .And every time i ask myself with this question,tears starts to flow ready for a long river.This makes me to imagine someone that will come to my life and solve all this thing,the pahit .But it just in my head,im not the Controller ,Allah is...

Whatever it is Allah knew why ..
Im just being insecure with my life ..
I cant wait to see/know the hikmah that will come by..
Please come and safe me ...

wassalam
220815
0300
 

Rabu, 19 Ogos 2015

Demi Waktu

Assalamualaikum to the readers if i had one ....




Jadi nya durasi antara entry yang kali ini dengan yang paling lepas agak lama la agak nya ek ,malas nak kira.Kadang-kadang rasa nak menaip tu dah hilang,tak konsisten macam blogger2 lain yang sepatutnya lah sentiasa konsisten dengan entry2 baru.Well,kalau tengok balik entry yang lama-lama tu,banyak yang inti introduction nya " dah lama " / " berhabuk " kinda.


Abaikan,so lets move on guys !

" Sesungguh nya Allah tidak membenci kamu "


You know what,if there was something that you really struggling to achieve but at the end of the point you failed.On this moment you must know and remember " Sesungguh nya Allah tidak membenci kamu ".

" Maybe Allah tak nak bagi kita dapat pointer tinggi ,sebab mungkin kalau kita dapat pointer tinggi maybe kita jadi bongkak ,lupa diri ."

" Jadi nya ,Allah buat sebab sayang kan kita ,its like something yang macam Allah sedang memelihara hati kita .Kan ? *senyum "


Situasinya sangat tepat di mana,pointer untuk test 1 chem aku macam entah lah tapi dia rasa macam "aku tak patut dapat macam ni" .Tak tahu ni nak dilabelkan sebagai manusia tak reti erti kesyukuran ke hape.

Kronologi nya ..

On the weekend yang baru2 ni,berbulatan gembira dengan senior2 PERKEPIS ,rasa nak datang sebab event2 sebelum ni asyik tak dapat join ja,nak pi kacau bubur lambuk hari tu pun aku tak jadi pergi sampai dilabel "ratu cancel" huaaa.So,ada peluang kita tepis title tu bhahaha .Pada hari tersebut ,tadabbur atau lebih kurang mendalami lah ,haa kami mendalami Surah Ad Dhuha .

Ayat2 dari surah ni lah paling deep saat itu.Dengan keadaan pointer nya ,ditambah dengan ayat love letter dari Surah Ad Dhuha adehh,tahan sebak ja mampu.Wiiii...


" Dan sesungguh nya Tuhan mu akan memberikan mu ( Kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat ) sehingga engkau berpuas hati "

Actually,according to my sahabat lah kan,surah Dhuha ni bagai kan love letter daripada Allah untuk nabi kita Muhammad s.a.w .Its something like nabi kita sedih//futur sebab tiada wahyu daripada Allah dalam satu jangka masa yang agak lama dan Jibril pun lama tak datang visit...

Secara teori nya mungkin nabi kita rasa macam, "aku ada buat salah ke ?" .Secara umum nya kita tahu Allah perintah kan nabi kita menyebarkan dakwah Islam ,so dia macam kita dapat tugasan dan kita hantar lepastu like tak da apa2 feedback ... contoh...

Jadi melalui ayat ni Allah pujuk nabi ,well actually kalau baca memang rasa nak nangis,rasa dia macam budak kecil yang dipujuk makin kuat tangis dia dan sampai satu point dia okay balik,haa gitu.

Banyak analogi aku ..

Well actually,sekarang pun tenganh dibait2 rasa down sebab chem mid test sebab tersalah oxidation number of zinc ja,habis semua balance eqn,limiting reactant,theoritical value,percentage yield aku dijangkan kan salah dan kosong markah .Subhannallah ,Allah itu Maha Adil jadi mari kita sama2 bersabar dan beristifar*sedapkanhati.

Harap boleh menyumbang sedikit,ilmu baru dapat hari tu .So ingat lah sentiasa Allah tak pernah benci kita ( winking emoji ) .



wassalam
190815
0245

Jumaat, 22 Mei 2015

Angin

Assalamualaikum

jadi untuk yang the latest entry di mana kamu boleh scroll dan baca sendiri yea.Jadi the story of my life began...


Peace !


18 April - lahir lah seorang insan yang menangis terpinga-pinga sebab tiba2 ada kat luar uhm .

Aku ada banyak kucing,banyak sangat.Okay,takda kena mengena soal kucing dengan entry kali ni.Seingat aku,aku mula kenal sekolah sejak umur 4 tahun.T A D I K A.Means aku ber-tadika selama 2 tahun ha betul kan ? cer kira,haa tu kalkulator.Aku daripada kecil dah tahu malas nak pergi sekolah hah hah hah so me...


" Esok nak gi sekolah ke tak eh ..."

bayangkan budak comot dengan hingus dan gigi hilang sambil peluk bantal nak tido fikir pasal esok nak pergi sekolah atau tak.Budak tadika.Entah lah nak oi.

Pagi2,mak kejut dan aku tak ingat apa2 yang penting aku dah sampai sekolah.Menangis.Nak balik.Padahal bukan firstime pergi sekolah,saja tanak kan haa.Sebelah tadika tu ada restoran jual roti canai.Ingat lagi masa tu ayah pujuk dengan 2 bungkus nasi lemak kot.Tengok,kecil2 dah kuat makan ish3.Peluk cikgu,aku tak ingat dah nama cikgu tu tapi aku ingat muka dia eheh.Skip....

Primary school...

Memang menjadi kebiasaan untuk aku datang sekolah pukul 8 pada hari pertama persekolahan.Yes,aku tak ingat apa2 kecuali memori join pasukan menari untuk hari merdeka sampai legam tapi sebab dapat duit RM 100 semua okay dan tak kesah pasal kelegaman kulit sewaktu itu .*Senyumtariksebelah.Aku ni boleh di katakan tinggi sewaktu sekolah rendah dulu,boleh lah.Jadi disebabkan ketinggian,aku dapat LESEN masuk team bola jaring sekolah sedangkan aku tak reti main pun.Tak.Maksud aku tak reti tu macam,aku tak de function sangat lah dalam sesatu match tu.Aku jadi Goal Keeper ,akan tangan,jengket2 sikit just strategi untuk takut kan shooter pihak lawan.Ergh,sounds boring.Tapi ,masa tu semangat pergi training setiap petang.Tapi sekarang baru sedar macam aku make a fools of myself waktu tu.Takpe pengalaman,so boleh lah juga kot jadi coatch *angkatkeningsebelah.


UPSR..
Waktu darjah 4,aku start suka belajar.Thanks kepada cikgu sains yang sangat awesome sampai buat aku jadi suka belajar dan guru2 kelas pemulihan yezza.So nampak pemulihan tu ? yaa aku dummy gak dulu kahkahkahkah.Aku tak tahu lah tapi life journey aku macam weirdo atau something yang tak normal lewls .Semua nya rahsia Allah.
Masa ni baru mula berjinak-jinak nak cari kawan berkepit,tapi masa tu semua dah ada kawan berkepit huaa sedih gak masa ni,boleh lah.

Tak tahu lah kenapa orang susah nak kawan dengan aku masa tu,terfikir gak.Fikir punya fikir ,tade makna nya.

"Jaga lah hubungan/hak kamu dengan Allah maka Allah akan sentiasa memelihara hak kamu " 

Lebih kurang lah,aku lupa ayat dia,maaf titew bukan daks PQS heh.

Bahasa kasarnya,bila kita buat semua benda Allah suruh,no hal dude Allah jaga semua benda *emojiyangsenyumbelahkantu.No hal lah weh,Allah ada.

Secondary school..
Tak ingat sangat,sebab aku tak rajin nak hang out dengan kawan sekelas.Tak tahu apa jenis perangai masa ni.Tapi suka sangat duduk kat kelas sampai petang,dengan classmates yang stay asrama heh.Bla bla bla bla,oh yea yea aku join team koir sekolah.Best sangat,masa tu form 1/2.Sebenarnya terjebak,pasukan koir tak pernah wujud dekat sekolah tapi terwujud bila kami2 yang balik daripada satu kem sekolah ni kena buat persembahan lagu gemuruh jiwa depan warga sekolah,tup tup tup papppp! Pasukan Koir sekolah.Jadi ini medium aku release stress dan buang rasa alone ekekekeh.Skip...

Form 3 paling best,pengalaman masuk spital 10 hari dan dapat doktor2 yang waseem2 dan jameel2 semua.*SenyumPROUD .



" Saya dengar awak nak jadi doktor " - doktor waseem lagi sorang.
" Nanti masuk UITM puncak alam,saya pensyarah semua paper saya bagi lulus " - doktor waseem yang sangat memberi inspirasi

" Yes !! ,dah keluar dah keluar ! " - doktor jameel yang sangat muda 

" Uyoo,warna dia macam air teh laaa " - budak kecik impress
 " Kan ? macam air kencing pun ada " - doktor waseem yang melayan budak kecik

So,ini antara conversation yang aku ingat2 lupa(dan mungkin ada perbezaan ayat eheh garu kepala),masa doktor2 ni tengah gegeh sedut air keluar dari paru2 aku sampai kering.Masa tu,nampak muka seronok ,girang doktor2 ni masa air dari paru2 aku berjaya disedut dengan menggunakan syringe besauuuu gajah.Dan yes,im really enjoy it,rasa macam bukan patient pun ada.Dah lah doktor baik,siap offer nak kasi semua paper pass pulak tu,perghh siapa yang tak seronok kan. 

" Allah susun cerita kita bukan saja2,tapi ada sesuatu Dia nak bagi pada kita "


Pum pang pum ppangg ! SPM derr..

Aku pun tak berapa ingat sangat,tapi ada satu hari tu aku lambat sampai,nak dekat 0745 juga masa tu.Hah,cuak der.So settle spm habis sekolah....

Mereput....

" Hidup kita ni bagaikan roda yang sentiasa berpusing,kadang kita di atas dan kadang kita di bawah "

Aku,harap bagi sesiapa yang mengenali siapa aku sama ada betul-betul tahu atau sekadar di alam maya sahaja dapat sedekahkan sedikit bait-bait doa untuk tubuh keras ini untuk terus menjalani kehidupan sehabis baik mungkin.Insyaallah. 

Aku tak tahu bila aku akan menulis serancak dulu,eheh jadi jangan rindu2 cewahh .Okay. ;D

Entry kali ni,hanya serba sedikit summary hidup aku.Tolong doa kan aku sentiasa dalam position yang menjaga hati ye ,terima kasih. 



0410
220515
wassalam

Khamis, 21 Mei 2015

Dalam

Assalamualaikum .Teheee *senyumsengetkepala



Ada satu masa tu kita rasa kita sepi tiada siapa yang perasan atau tahu kita ada ,dekat situ.Adakala nya kita sendiri nak jadi macam sesumpah yang invisible sebab tak mahu orang yang concerns pasal kita get hurts.

Tapi...

Ironinya,kita terlalu biarkan hati kita luka sebab kita tak nak orang yang kita care get hurts.Pelik . :')
But it something that whats human being is,its a part of human being dude!Orang kata pengalaman atau lebih tepat situasi mental rabak yang berulang kali dan makin bertambah hard core menjadikan seseorang itu menjadi lebih tabah.Cliche ,puih.

Kadang bila kita rasa tiada siapa sedar akan kehadiran kita,kita sedih ,frust dan perkataan2 yang seangkatan dengan feeling yang aku tengah describe ni.Tapi,bila dah terlalu lama hidup dan belajar dalam dunia sendiri menyebabkan jiwa raga mental hati jadi biasa,its normal anyway and its my life ! yea...

Dan akan datang satu benda baru dalam hidup,dan pada masa itu kita berjumpa dengan 'sejenis' manusia yang ada kuasa sebab dia nampak kita dan makin lama makin bertambah jumlah manusia yang nampak kita.Tapi...

Saat itu,kita nak jadi yang dulu.Kita nak jadi seseorang invisible..
Kerana hakikatnya,menjadi seseorang bagi seseorang adalah sesuatu yang menyakitkan dan bagaikan kejutan budaya bagi kita yang dah terbiasa dengan sepi.

Kadang2 rasa rimas.Bila sedar,semua actions kita akan memberi kesan kepada orang lain.Sampai satu tahap diri kita takut nak berbuat sesuatu yang menjadi simbolik siapa diri kita dan memaksa diri kita untuk jadi seseorang yang orang nak dan bukan siapa yang kita nak,tapi hati merelakan...

See,only humans have these weird attitude and its so complex to be explained by any human being i guess,entah maybe aku aje.Tak kisahlah,ini thoughths aku so yea...

Im that weirdo and still a weirdo dan kekadang benci diri sendiri bila tak dapat express kan diri sendiri,penat kekadang kemudian terbawa-bawa sampai lah wujudnya entry kali ni.What i really want to say,thats i really loves all of you.Gomenne,sometimes you guys may shocked with my character and please accept me kudasai ! Suki ne ! yappari ...sometimes i need to be alone cuz im that weird kid who always being alone and wanted to.Gomenne ...

0411
210515
wassalam

Sabtu, 2 Mei 2015

Jejak

Assalamualaikum .



Pada minggu yang lalu,aku ada trip ke Bukit Saga,Ampang.Hiking.
Aku tak pernah seumur hidup aku pergi hiking,jadi itulah yang kali pertama.Kenangan ? banyak.Tambah2 dalam misi aku untuk tunjukkan siapa aku yang sebenar .Yang sebenar ? eheh haa yela yang sebenar.

On that moment,about 30 minutes hiking has been started aku collaps.Suhabnallah sumpah memalukan sebab baru berapa minit dah collaps adeh.Nak cerita pasal collaps pun iya juga sebenarnya .

Then,what i've learned daripada situasi aku tumbang tadi tu adalah ithar ke itsar something like that lah kan dalam istilah arab where im not really sure which mean mendahulukan rakan-rakannya.So,situasi dia macam ni ..


" Takpe takpe korang pergi dulu biar kitaorang handle Opi"

So Opi tu aku lah eh buat makluman semua,yep mereka kenal aku sebagai Opi,great then.Eheh .


Its not simple dan mudah sebenarnya untuk buat ithar/itsar ni.We need effort,bonds,loves and many many more benda2 yang kita tak nampak.This thing looks very complex to me just because im that type of person who loves being alone and didnt care her surrounding at all.Sounds kinda selfish ay ? yeah whatever.

I got this phrase " Kalau nak cepat sampai pergi seorang kalau nak pergi jauh pergi ramai-ramai " .WahahahahH ,aku pula memang jenis yang suka buat benda2 yang aku nak buat by myself.Tapi bukan bermaksud aku suka being alone,cuma aku ni agak keras kepala sikit semua benda nak buat sorang2 macam KING .Tapi tak mampu pun sebenarnya,minta tolong orang lain juga huhu.At the other point,situasi aku collaps tadi adalah aku dapat belajar rendahkan ego like jinakkan ego masing2 dan ego aku juga HAHAHAH DIA RASA MACAM KENA SARKASTIK LEVEL SECARA SENYAP2 .

Pengajaran buat aku dan pengalaman yang best dan penat sangat sangat sangat tapi best ,memang worth untuk hiking dekat Bukit Saga,Ampang ni.Tapi satu aje benda AKU TANAK INVOLVE DALAM MANA2 AKTIVITI HIKING LAGI eheh ,malulah kalau collaps aje eheh. 


Jadi nya , Majulah Sukan Untuk Negara ! Jyeahh .

Rabu, 25 Mac 2015

Asap



***********

Bila mana tika aku goyah
Sukar untuk berdiri tegak
Saat dimana jelas aku alpha
Kau hadir membawa makna

Luka lama mulai terobek
Cuba mengimbau sejarah diri
Aku takut melangkah jauh
Sedar akan ujian datang menimpa

Tersungkur nya aku meraung
Memohon kekuatan yang sekelumit
Sedaya upaya mencari sinar
Dalam sepi alam nyata

Wahai hati tabahlah
Ablasa yang sering membisik
Nyah lah kamu dari jiwaku
Sahabat datanglah memperingatiku

Sayang kasih tak mudah dibilang
Kelopak bunga terus kuncup malu
Bila ego amarah menguasai hati
Hilang semua kewarasan pemuda

wahai hati tabahlah
setiap manusia bermatlamat cita
cita dan halangan berkait rapat
hilang satu 
maka hilanglah rasa 
kejayaan .

********** 


mohon doa daripada semua untuk diri yang lemah ini ... 

Selasa, 24 Februari 2015

Tolonglah Aku



Assalamualaikum



Alhamdulillah cukup bersawang dah tempat ni,ish3 aku pun tak tahu la siapa tuan dia HAHA.Maaf ,kepada readers*itu pun kalau ada ,aku jarang dan dah lama aku tak buat entry baru tehee.Jadi kali ni aku memang ada sesuatu untuk dikongsikan .Boleh dikatakan jakun la kut,kalau kau orang nak cakap la kan.Ehem,macam aku tak tahu ni. Eheh.Rilek semua rilek ,masa masih panjang untuk emosi ekekeke.



Baiklah, pada tarikh 18 February 2015 aku membuat keputusan untuk mengikuti satu program ,nama program ni “Perkampungan Menara Gading” singkatannya ‘pmg’.Program ni telah berlansung selama 4 hari 3 malam di Universiti Malaya Petaling Jaya.Jadi kiranya bila dah ada sebut pasal program,maka entry kali ni aku akan cuba untuk taip sebaik mungkin *cewwah,untuk share apa yang aku dapat.Insyaallah harap dapat menjadi inspirasi untuk orang lain juga dan bukan untuk aku seorang.



Okay,kenapa aku tergerak hati nak join …?

Aku tertarik sebab program ni dianjurkan dibawah Persatuan Pelajar Islam Selangor .And yes aku memang expect  program ni lebih kearah rohani.Aku tak ambil kesah sangat pun pasal maklumat2 mengenai IPT ,sebab aku macam takde interesting untuk tahu sangat sebab mungkin masa tu hati bercelaru ,agaknya la .Like usual on that day I came by ,daftar nama ,dapat bilik and yea dapat roommates.



Kita terus ke point yang utama,dekat sini hati tenang dan sebelum ni memang aku belum pernah rasa peace yang macamni ,rasa macam sayang sangat nak tinggalkan kem ,serious ! Aku tak tipu.Walau pada mula2 aktiviti agak okwed dan aku lebih memilih untuk senyap ,dan yea padan muka sebab aku takde patner untuk buat aktiviti HAHA .TAPI on first tu aje then everthing went well,phew.Seram juga la aku kalau aku takde kawan sampai akhir program.Okay,sepanjang program berlansung memang masa amat dititik beratkan,memang PUNCTUAL HABIS la.Aku pulak lembab terkedek-kedek eheh.



Dalam setiap orang yang aku jumpa dekat sini , sangat memberi aku inspirasi untuk jadi lebih baik.



Great people talk about ideas ,Average people talk about things and Small people talk about other people .



Jemaah . J.E.M.A.A.H .



Aku nampak jelas dah sekarang bila ada yang kata “Jom pergi syurga sama-sama” “Jangan lah pergi syurga sorang2” “Nanti tarik lah aku sama masuk syurga”



Life aku ,dekat sini memang berubah tiganamploh darjah.Ye la kan,ikut Jadual program kan …

Setiap hari turun ke dewan around 5 am ,qiamulaill.Solat Jemaah.

Solat Subuh.Mathurat . Tazkirah .Sarapan.Dhuha.Kelas.Aktiviti by group.Solat Zhur.Makan.Kelas.Solat Asr.Game.Makan.Solat Maghrib.Mathurat.Program.Makan.Al Mulk.Tidur



That’s it,secara briefly jadual pada setiap hari.

Aku mana pernah baca alMathurat … *kalau ada pun kat sekolah yang dah ditinggalkan hampir 3 bulan

Aku mana PERNAH BACA AL MULK. Ya ampun aku tak pernah kenal Al Mulk .TAK PERNAH.

Solat jemaah ? HAHA lawak sangat kalau aku pergi solat jemaah di masjid .

Punctuality ? lagi2 punctuality dalam committed untuk solat fardhu .Ya ampun ,tak lansung.



Makan



Syarat yang dikenakan ,setiap kali makan ,suapan pertama adalah untuk orang yang duduk disebelah kanan dan kiri.Yea ,kena suap .Mula2 memang macam “Kejadah nak suap2” .Rasa macam “Kenapa skema sangat” .Kata mereka sunnah ,menyuapkan sahabat.

Obvious sangat sangat ,aku tak pernah kenal orang yang duduk sebelah aku dan AKU KENA SUAP (?).Masa ni memang HAHA aku ingat lagi masa tu,aku tak suapkan pun sebab rasa hah rasa yang macam tu la.Tapi after time passes ,aku seronok main suap2 .Tak tahu apa jenis perangai ni eheh.

DAN AKU MULA RINDU UNTUK SUAP SAHABAT2 AKU .



Dari sini aku jumpa satu benda ,JEMAAH

Dengan ada jemaah,tak mustahil seseorang yang nak berubah untuk berubah.Tahu jemaah tu macam mana ? jemaah tu macam ni lah ,sama2 jaga kepentingan solat ,sama2 jaga kepentingan Hak Allah.Aku secara jujurnya sangat tenang,tenang sangat .



One of my team members



Kita sekarang ni ,kena fikir macam mana nak ajak orang dekat dengan Islam.Cuba bayangkan betapa banyak yang bunuh diri ,beribu-ribu .Cuba fikir,macam mana kita nak jawab dengan Allah nanti bila di persoalkan .Sekurang-kurangnya kita usaha



Aku inspire sangat. Orang yang berfikiran jemaah akan concern about their saudara sesama muslim . And yes , tak dapat dinafikan kita malah aku sendiri ,bila nak pergi solat tak pernah macam nak ajak “jom kita pergi solat jom” yang selalu aku keluarkan bila nak pergi solat just “jap eh nak pergi solat jap” .Aku treat people macam aku seorang ja patut solat ,macam aku seorang ja yang impi kan syurga .Yang penting point dekat sini yang aku dapat SELFISH NYA AKU .



Dari sini baru aku faham quotes yang antara nya macam “Tak pelah,biar aku tegur sekurang-kurangnya nanti dekat sana kau tak salahkan aku kenapa aku tak ajak kau sama-sama buat kebaikan” .



Tahu semua orang nak jadi baik .Cuma ada ego yang wujud kuat menyatakan KOLOT atau sesuatu yang lain yang susah untuk digambarkan.Dekat sini aku dapat lagi satu point ,susah nya nak ajak orang buat kebaikan dengan kata nama lain tanggungjawab sebagai seorang muslim untuk menjadi khalifah.



Masa sekolah dulu ye aku didedahkan ,dengan MANUSIA DIJADIKAN DI MUKA BUMI UNTUK MENJADI KHALIFAH ALLAH. Aku shocked .Shock dengan BETAPA BESAR NYA TANGGUNGJAWAB YANG KITA PEGANG sebagai seorang muslim.



Ajak ..?



Ajak lah secara berhemah.Hati manusia ni hebat sifat dia,sebab ada pelbagai rasa .

Aku nak cakap ,ajaklah aku sama .Aku nak jadi baik juga.Aku baru nak mula.Ajak lah,jangan lah pernah putus asa.Tolonglah .Aku nak pergi jumpa syurga juga. Aku nak cakap ,ajaklah aku sama .Aku nak jadi baik juga.Aku baru nak mula.Ajak lah,jangan lah pernah putus asa.Tolonglah .Aku nak pergi jumpa syurga juga.Janganlah tinggalkan aku. TOLONG aku,TOLONG !! tsk tsk tsk





Kita bila beribadah dan soleh kita insyaallah dapat masuk syurga ,tapi bila kita dakwah dan ajak ummah sama2 insyaallah kita sendiri dapat jumpa Allah



Aku masih tak kuat nak mengajak ,memang susah susah nak berdakwah .Paling dengan kawan2 sendiri ,tak mampu sebab takut sangat terkecil hati.Tapi rupa nya hmm.






Fikirkan macam mana kita nak anggap nenek yang pakai serkup  bawa barang itu adalah mak kita.Macam mana kita nak anggap mereka yang diluar sana itu adik,abang,kakak kita.Macam mana ..? Kita sayang mereka ,jadi boleh kita tegur dia sebab kita sayang dia .”



Sekian,mungkin ini yang aku dapat kongsikan.Even tak banyak ,aku harap entry ni dapat membantu.



“Orang yang berkawan dengan Penjual Minyak Wangi ,dia akan berbau harum dan orang yang berkawan dengan Si Tukang Besi ,dia akan berbau seperti busuk besi”





“Aku nak cakap ,ajaklah aku sama .Aku nak jadi baik juga.Aku baru nak mula.Ajak lah,jangan lah pernah putus asa.Tolonglah .Aku nak pergi jumpa syurga juga.”



“….Janganlah tinggalkan aku. TOLONG aku,TOLONG !! tsk tsk tsk “





2209

230215

wassalam

Rabu, 4 Februari 2015

Konkrit #3 (penamat)

Jam di dinding menunjukkan jam 2.55 pagi tiba-tiba terdetik dalam hati Fir untuk menge-check sebarang notification yang mungkin masuk menjengah ke phone leper pemberian ibu nya .Sekilas dia memandang ternyata ada pesanan ringkas dari mana tah yang nombor nya hanya 4 angka.Ah sudah kredit aku kena tarik ke ,bebel dalam hati nya sendiri teringat SOS Topup yang dilanggannya daripada syarikat perhubungan.Mata nya malas untuk meneliti secara fokus sedangkan mata nya sudah terasa ada yang menarik minta tutup .Fir membuka sms itu ,ditekannya simbol ala2 belon dialog itu haaa tak terbeliak mata Fir semasa membaca penuh pesanan ringkas itu  .Universiti Teknologi Petronas .Lebih kurang 2 minggu yang lalu dia dengan tanpa berfikir panjang dia memohon untuk menyertai program asasi di UTP dengan menggunakan keputusan percubaan spm nya yang ada berapa kerat aje A dengan bahasa Inggris yang ber-gred C+ .

Laman sesawang google dibuka untuk melayari beberapa ipts yang mungkin bisa untuk dia mohon .Tapi mungkin terlalu awal untuk dia mohon sedangkan baru akhir bulan 12 manakan pula dia nak mohon .Tambah-tambah keputusan trial spm yang tak seberapa berbanding dengan lepasan spm yang boleh terus melanjutkan pelajaran tanpa perlu menunggu keputusan spm kerana keputusan trial yang sudah memadai.Hah UTP ,tapi macam lawak kalau aku nak mohon pengkhususan kejuruteraan even aku student fizik tapi passion aku kat akaun hah hah hah merapu.Jauh di sudut hati Fir ada satu suara yang mendorong dirinya untuk menghantat pemohonan tersebut .Aahh kesah juga aku ,baik aku mohon mana tahu dapat .Hampir sebulan berlalu sejak hari itu dan hari ini pada jam 2.55 pagi ..

" Subhanallah .."

Aku dipanggil untuk menghadiri temu duga untuk kemasukan ke asasi di UTP .Dalam riang hati nya masih tak dapat nak diputuskan untuk diterima atau tidak jemputan itu.Bukannya dekat Perak tu ,uni pun satu jauh jauh sangat kenapa.Memikirkan nya membuat mindanya kusut terus menggoda dirinya untuk tidur sementara belum masuk waktu subuh .

Mata dikesat macam rutin biasa manusia ,bila bangun kesat mata ,cari kalau kalau ada tahi mata segunung .Subuh .Selesai solat hati nya masih tak tenang kerana belum mengkhabarkan berita mengenai jemputan tersebut kepada kedua ibu bapa nya.Terasa mata nya pedih ,sungguh dia tak dapat tidur nyenyak mengenangkan sms malam tadi.Alhamdulillah,mungkin ada yang nak sungguh belajar di sana tapi tak berpeluang untuk pergi tapi dia,Allah bagi peluang cuma aku yang harus membuat keputusan.Matahari sudah pun sibuk menembak masuk cahayanya yang terang sealam itu,Fir keluar dari bilik ,nak turun bawah sarapan.Hm masa ni la yang sesuai untuk aku bagitahu ibu dan abah.Tapak kaki pelahan menuruni tangga kayu,hanya rumah kampung biasa.Nampak dengan mata sudah terhidang santapan untuk bersarapan,yang sepastinya ibu yang masak .Kepala dibawa tunduk ke bawah ,menatap perut kosong yang dari tadi tak sabar ingin menyantap makanan yang terhidang depan mata .Belum jejak lagi sampai ke meja inche hidung da selamat hantar informasi ada nasi goreng siap sedia untuk menjadi ratahan kelaparan,gila tak berbunyi macam kumpulan kompang kat kenduri kawen tu.heh dah panjang sangat cerita pasal lapar. Kerusi ditarik sopan dan dilabuhkan punggungnya ,ibu yang tiba-tiba terus menghulurkan pinggan,disenduknya nasi goreng sendiri ..banyak banyak...Abah hanya mampu tersenyum kecil melihat telatah anaknya yang sudah meningkat dewasa .Bahagia.

Dalam masa entah berapa kali dibetulkan sistem pernafasannya untuk sedia mengawal emosi ....

SKIP

SKIP

SKIP

SKIP

Skip semua conversation antara Fir bersama ibu dan abah nya.Ibu kata usah pergi,setelah nyata segala fakta yang benar dan memang disokong habis oleh Fir.Lucu bila difikirkan kembali bahawa Fir lebih takut kalau kedua ibu bapa nya menyuruhnya untuk menghadiri temeduga tersebut.Tenang jiwa ,jauh di sudut hati Fir ,walau Allah bagi aku peluang tapi pasti ada hikmah kenapa aku lebih memilih untuk menolak dan kenapa ibu juga turut menyatakan benda yang sama,tambahan juga bukan passion dia yang melibatkan diri dalam bidang kejuruteraan.

Senyum

****

Sorry guys but aku decide untuk tamat kan cerita konkrit sampai sini aje .yep agak tergantung cerita si Fir ni tapi hati dan minda kata tak mahu teruskan kan lagi eheh ,sorry just wait for another entry .

Susah nak cari ibrah kalau kome2 baca entry2 aku ni jadi aku decide utk stop creating story yang bersambung sebab aku tak berapa pandai sangat eheh sorry ,tu pun kalau ada yang frust .maaf ☺☺

Konkrit#3 (tamat)
030215

Rabu, 21 Januari 2015

Hati



Hujan mulai turun jam 4.32 petang,nyaman terasa bila angin turut masuk menyinggah ke dalam ibu rumah.Jiqan tetap setia menemani computer riba pemberian kakaknya .Hari ni,Jiqan tak pergi kerja kerana terasa badannya tak begitu bermaya,dimintanya cuti daripada ‘bos’ .Setelah lunch jam 12.30 petang tadi ,dua biji panadol ditelan .Badan tak terasa panas tapi sudah lama Jiqan berasa bahang dalam badannya ,mungkin dek kerana bekerja dari pagi hingga ke malam dalam ofis yang  ber-pendingin hawa.Terasa rindu melepak di rumah sejak masuk alam pekerjaan ni,memang ada nya cuti sehari dalam seminggu tetapi suasana nya agak berbeza.Kali ni dia cuti tanpa pengetahuan family ,jadi bila ditanya tidak pergi kerja ,dijawabnya sengaja meminta cuti kerja.Suasananya agak berbeza,beza.



Malam tadi setelah pulang kerja Jiqan tak berbuat apa pun,setelah setengah jam sampai terus bergerak malas masuk ke dalam bilik,tidur.Solat isyak nya pun entah kemana .Jam 4.55 pagi jam loceng berbunyi ,ha solat isyak .Kepala terasa berdenyut pagi tu minta rehat lagi .Seusai solat subuh ,dalam jam 7 pagi Jiqan decide untuk text ‘bos’ mengatakan dia tak dapat masuk hari ni.Jiqan bukanlah pekerja sepenuh masa hanya seorang pekerja part time yang bila-bila masa boleh berhenti.Terasa di hati memang nak berhenti,nak mencari kerja yang berhampiran dengan kawasan rumah .Jiqan adalah salah seorang lepasan spm yang sedang menunggu keputusan spm diumumkan.Dah tak diendahkan nya pun mengenai keputusan tu,yang pasti dia berharap agar semua orang kelilingnya menerima dengan hati terbuka dengan keputusan yang akan dia peroleh nanti.Tak kisah la ,mahu dari A sampai Z pun tak kisah sebab aku tahu ,Allah dah tetapkan jalam cerita aku,yang pasti nya yang terbaik untuk aku.Aku kena kuat.



Jiqan juga seperti remaja lain yang pernah jatuh chenta dengan seorang minah.Jiqan tak pernah merancang untuk ter-kesan dengan persahabatan antara dia dan minah tu.Jiqan juga tak pernah ingin menyukai seseorang kerana dia sendiri mengenali dirinya sendiri,betapa keras macam batunya hati dia.Tak sensitive langsung dengan keadaan sekeliling ,tak berhati perut barangkali.Sejak dari itu ,Jiqan mula sedar bahawa persahabatan antara berlainan jantina tu mustahil,mustahil sebab nafsu.Nafsu untuk berkasih sayang macam remaja-remaja lain yang ada kekasih hati.Jiqan sekarang lebih suka menyendiri.Kembali.Mungkin dia terkesan dengan si minah kerana masa itu dia tengah payah dengan emosi dan masa tu hanya minah tu yang dirinya nampak untuk dijadikan rakan mendengar,mungkin.Jiqan sudah tidak ber-contact dengan minah tu macam dulu sejak dia mengambil keputusan untuk meletakkan friendzone antara mereka berdua.Aku mungkin jenis yang anti-couple tapi kalau dah ada depan mata tak mustahil aku pun boleh jadi macam jantan-jantan dekat luar sana .



Jiqan adalah seorang anak tunggal dalam kehidupannya.Si bongsu yang ketinggalan jauh dengan tempoh membesar abang-abang dan kakak-kakak nya.Jadi daripada kecil dia tidak pernah kenal erti penghargaan ,mungkin kerana tak terdedah sangat kepada benda-benda seperti ini.Penghargaan yang dimaksudkan,macam ‘cares’ sebab dia tak pernah tahu macam mana mahu menunjukkan dia cares.Semenjak masuk ke alam persekolahan,jelas kelihatan Jiqan keseorangan,tiada teman rapat.Mungkin kerana sejenis teman-teman rapat ni suka berbagi hadiah,mengucapkan selamat ulang tahun dan sebagainya tapi dia tidak.Bagi Jiqan,tiada keperluan untuk berkawan semata untuk berbagi hadiah dan tiada keperluan untuk mengingati hari kelahiran orang lain.Seperti digambarkan,Jiqan memang seseorang yang agak keras hati macam batu.Kalau nak dihempas dengan ombak berjuta kali pun pasti susah nak ada lekuk sebesar kuman.Bagi Jiqan alam persekolahan semasa sekolah rendah tak menjadi halangan untuknya tidak mempunyai teman sebab dia tak pernah rasa susah tanpa teman.



Menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah Jiqan masih meneruskan sikapnya yang sama.Sudut kecil hatinya memang teringin untuk mempunyai kawan baik ,sekurang-kurangnya bila ada yang tanya siapa kawan baiknya,ada juga nama untuk disebut.Tapi susah untuk Jiqan cari kawan yang dia nak.Rata-rata yang diperhatikan Jiqan ,tipikal bila disebut kawan baik ni mesti wajib berkongsi cerita hal peribadi,menangis sama-sama ,gelak sama-sama.Malang,Jiqan bukan seseorang yang suka menunjukkan kelemahan dihadapan orang ,ni kan pula orang yang dia mesti hadap hari-hari yang konon nya memenggang title sebagai kawan baik.Bagi dirinya ,dia belum bersedia untuk ada kawan baik disebabkan dia bukan jenis yang suka berkepit twenty-four hours dengan ‘kawan baik’ dan dia juga jenis tak suka bila wujud situasi di mana kawan baiknya ingin ke suatu tempat tapi dek kerana dia tak mahu ikut ,hasrat kawan baiknya tu terbantut.Jiqan paling allergic dengan stok-stok kawan yang macam ni sebab menimbulkan rasa bersalah dan rasa macam “Eh kau ni semua benda nak kena orang teman,nanti aku mati takkan nak tunggu aku bangkit keluar dari tanah nak teman kau pergi makan tengahari” .Thats it Jiqan hati batu.


Sejak Jiqan menjadi pelajar di tingkatan empat,Jiqan mula bercakap ,mula bersosial sedikit demi sedikit.Tapi makin hari ,Jiqan berasa dirinya adalah plastik.Plastik yang meminta simpati untuk ada teman.Hujung tahun sebelum peperiksaan percubaan spm hidup Jiqan berubah tiga-ratus-nam-ploh darjah.Berubah.Sejak kejadian itu,Jiqan mula menjadi seseorang yang sensitive ,seseorang yang mudah terasa sehingga mengubah dirinya kepada seseorang yang selalu menyakitkan hati orang yang cuba mendekatinya.Jauh di sudut hatinya,berasa tak senang dengan tanggungjawab untuk dipikul bila ada yang sudah mula rapat dengan dia sebab dia tak mahu hidup dengan harus ‘cares’ pasal semua orang ,jadi strategi ‘being cold’ adalah pilihan yang terbaik antara yang terbaik.Bukan menyakitkan hati orang tapi mungkin akan ada afew yang akan kata dirinya sombong.Thats mean mission accomplished - Jiqan ,Hafizi Khan Diary's 

210115
1751

p/s :tiada kaitan dengan kehidupan anda melain kan aku .